Bandeng presto

From Wikipedia, the free encyclopedia

Bandeng presto
Remove ads

Bandeng presto (bahasa Jawa: ꦧꦤ꧀ꦢꦼꦁ​ꦥꦿꦺꦱ꧀ꦠꦺꦴ, translit. Bandeng prèsto) ialah makanan khas Indonesia yang berasal daripada Juwana, Jawa Tengah.

Fakta Segera Jenis, Tempat asal ...

Sejarah

Bandeng presto diciptakan pada tahun 1977 oleh Hanna Budimulya.[1] Pada mulanya, Bandeng Presto dibuat secara kecil-kecilan. Namun begitu, kerana terkenal dalam kalangan pengguna, pengeluaran bandeng presto semakin berkembang dan menjadi makanan khas daripada Kota Semarang.[2]

Penyediaan dan bahan

Makanan ini terbuat daripada ikan susu yang sudah dirempahi dengan bawang putih, kunyit dan garam.[3] Ikan susu ini kemudian dimasak dengan beralaskan daun pisang menggunakan kaedah periuk tekanan. Periuk tekanan adalah kaedah memasak dengan tekanan tinggi. Makanan yang dimasak dengan cara ini akan dimasukkan ke dalam kuali yang boleh dikunci dengan rapat. Air di dalam kuali ini kemudian dipanaskan sehingga mendidih. Wap air yang timbul akan memasakkan makanan di dalam kuali. Bandeng presto terkenal kerana bahan yang digunakan, iaitu ikan susu; ikan ini memiliki banyak duri dan cara memasaknya dengan menggunakan kaedah tekanan tinggi. Oleh kerana kaedah tekana tinggi digunakan, duri yang terdapat dalam ikan susu akan menjadi lembut dan empuk.[4]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads