Bangsar Selatan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Bangsar Selatan
Remove ads

Kampung Kerinchi ialah sebuah kawasan perbandaran di Kuala Lumpur, Malaysia, yang telah mengalami transformasi pesat sejak awal abad ke-21. Kawasan ini kini menempatkan pembangunan bercampur yang dikenali sebagai Bangsar South, walaupun nama asalnya telah dikembalikan secara rasmi pada tahun 2019.

Thumb
papan tanda Bangsar Selatan
Remove ads

Sejarah dan lokasi

Kampung Kerinchi diasaskan pada akhir abad ke-19 oleh pendatang dari Kerinci, Sumatera. Kawasan ini terletak berhampiran mercu tanda utama seperti Menara Telekom Malaysia, Angkasapuri, dan Universiti Malaya. Ia juga bersempadan dengan Petaling Jaya dan berdekatan dengan pusat membeli-belah Mid Valley Megamall.

Pembangunan Semula dan Penjenamaan

Pada tahun 2005, UOA Holdings Berhad memperoleh tanah seluas 60 ekar di kawasan ini dan memulakan pembangunan semula yang dinamakan Bangsar South. Projek ini merangkumi menara pejabat moden, kondominium bertaraf sederhana hingga tinggi, serta ruang runcit dan komersial. Kerja-kerja penaiktarafan infrastruktur termasuk pelebaran jalan utama dan pembinaan laluan pejalan kaki telah dilaksanakan pada tahun 2007.[1]

Remove ads

Kontroversi Penukaran Nama

Penjenamaan semula kawasan ini kepada "Bangsar South" oleh pemaju telah menimbulkan kontroversi di kalangan penduduk tempatan yang merasakan nama asal mempunyai nilai sejarah dan identiti tersendiri. Pada 19 Januari 2019, dalam satu majlis pemasyhuran rasmi, nama Kampung Kerinchi dikembalikan sebagai pengiktirafan terhadap warisan dan sejarah kawasan tersebut.[2][3]

Infrastruktur dan Kemudahan

Kampung Kerinchi kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk stesen LRT Kerinchi dan Universiti, yang menyediakan akses mudah ke pusat bandar. Kawasan ini juga menempatkan pelbagai projek perumahan seperti Vista Angkasa dan Flat Sri Angkasa, serta institusi pendidikan dan perubatan seperti Universiti Malaya dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.[4][5]

Penjagaan kesihatan

Menara LifeCare ialah pusat perubatan yang dibina bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan oleh masyarakat dan penduduk sekitar. Ia telah mula beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 2012. Selain itu hospital milik Universiti Malaya iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya juga turut menyediakan perkhidmatan kelas terbaik yang lengkap pada kadar yang murah dan berpatutan.

Kemudahann dan infrastruktur lain

Wakil Rakyat

Bangsar Selatan di bawah kawasan perkhidmatan Ahli Parlimen P121 Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Fahmi Fadzil.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads