Beatifikasi

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Beatifikasi ([béa.ti.fi.ka.si]; Latin: beatificatio "membahagiakan...memuliakan"[1] lakuran beatus, "bahagia" dan facere, "menjadikan") ialah pernyataan daripada pihak Gereja Katolik bahawa seseorang penganut yang telah meninggal dunia itu menurut mereka telah dijamin masuk Syurga malah menjadi pengantara antara Tuhan dengan sesiapa yang meminta bantuan di bawah nama si mati tersebut (intercessio).

Penyataan ini dulu pernah dilakukan oleh sebarang uskup, namun suatu dokumen digubal Paus Urbanus VIII bertarikh 6 Julai 1634 berjudul Cœlestis Jerusalem menetapkan bahawa hanya pihak Takhta Suci sahaja yang mampu berbuat demikian.[2][3]

Remove ads

Langkah

Suatu pasukan kerjasama doktor dan paderi menentukan kelayakan seseorang ternama dengan meneliti kes kejadian penyakit dialami seseorang yang meminta bantuan di bawah nama seseorang mati; jika penyakit dialami ini sembuh tanpa sebarang penjelasan saintifik yang dapat dipastikan, maka ia danggap sebagai suatu "keajaiban" (miraculum) yang melayakkan orang suci dibantu ini sebagai bukti pengantaraannya[4][5][6]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads