Befehlshaber der U-Boote
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Befehlshaber der Unterseeboote atau BdU (BM: "Panglima Angkatan Kapal Selam") adalah pemerintah tertinggi armada kapal selam (Ubootwaffe) Tentera Laut Jerman semasa Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Istilah ini juga merujuk kepada Markas Pemerintahan angkatan U-bot.[1]
Jawatan ini telah diwujudkan pada Jun 1917, menggantikan peranan "Ketua U-bot" (Führer der Unterseeboote, atau FdU) bagi Flotila Laut Lepas. Penyandang pertama ialah Kapitan zur See/Kommodore Andreas Michelsen , yang sebelum ini adalah ketua angkatan kapal pembinasa Armada Laut Lepas.[2] Jawatan ini telah dimansuhkan apabila perang berakhir.
Jawatan ini dihidupkan kembali pada 17 Oktober 1939, apabila Karl Dönitz dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda (Konteradmiral). Gelaran beliau sebelumnya adalah FdU, jawatan yang dipegangnya sejak Januari 1936.[3]
Pada 31 Januari 1943 Dönitz dinaikkan pangkat ke Grossadmiral (Großadmiral) dan menjadi pemerintah tertinggi (Oberbefehlshaber der Kriegsmarine) keseluruhan Tentera Laut, menggantikan Erich Raeder. Dönitz mengekalkan jawatan tersebut, tetapi digantikan sebagai ketua operasi di BdU oleh ketua stafnya Eberhard Godt.[4]
Pengganti Godt adalah Laksamana Hans-Georg von Friedeburg, yang memegang jawatan itu sehingga ke pengakhiran perang dan menjadi Panglima Tentera Laut Jerman apabila Doenitz dilantik sebagai ketua negara Jerman Nazi selepas Hitler membunuh diri.
Remove ads
Tentera Laut Imperial Jerman (Kaiserliche Marine)
- Andreas Michelsen (Jun 1917 hingga November 1918)
Kriegsmarine
Panglima
Konteradmiral Karl Dönitz |
17 Oktober 1939 | 31 Januari 1943 |
Konteradmiral Eberhard Godt | 31 Januari 1943 | 8 Mei 1945 |
Subordinat
- Ketua Jabatan (Abteilungschef)
Kapitän zur See Hans-Georg von Friedeburg |
17 Oktober 1939 | 11 September 1941 |
- Laksamana ke-2 U-bot (2. Admiral der Unterseeboote)
Konteradmiral Hans-Georg von Friedeburg |
12 September 1941 | 30 April 1943 |
- Laksamana Memerintah U-bot (Kommandierender Admiral der Unterseeboote)
Admiral Hans-Georg von Friedeburg |
1 Februari 1943 | 30 April 1945 |
Kapitän zur See Kurt Dobratz | 1 Mei 1945 | 8 Mei 1945 |
Dobratz telah ditukarkan dari tentera laut ke Luftwaffe pada tahun 1935. Beliau menyertai semula Kriegsmarine pada tahun 1943 dan diberi memerintah U-1232 untuk memimpin pelayarannya sebelum menjadi ketua staf di BdU.[5]
- Ketua Staf Laksamana Memerintah U-bot (Stabschef des Kommandierenden
Admirals der Unterseeboote)
Fregattenkapitän Heinz-Ehler Beucke | Mac 1943 | Mei 1943 |
Konteradmiral Ernst Kratzenberg | Jun 1943 | April 1945 |
Kapitän zur See Kurt Dobratz | April 1945 | April 1945 |
Fregattenkapitän Ewald Engler | 1 Mei 1945 | 8 Mei 1945 |
Beucke dikeluarkan dari memerintah U-bot (pelayaran tunggal bersama U-173) pada tahun 1942 kerana adiknya telah terbunuh.
Remove ads
Nota
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads