Begol

sejenis alat muzik bras From Wikipedia, the free encyclopedia

Begol
Remove ads

Begol,[1] bugel (bugle, serapan bahasa Latin buculus "lembu dikembiri"[2]) atau selompret[1] adalah suatu alat muzik diperbuat daripada loyang mudah. Ia tidak mempunyai injap atau ciri lain yang mampu mengubah nada ditiup melainkan melalui pergerakan mulut peniup.

Thumb
Suatu[pautan mati kekal] begol tentera

Alat ini mula dikembangkan daripada tanduk haiwan buruan[3] untuk tujuan komunikasi sesama pemburu mahupun untuk memberitahukan ketibaan seseorang yang bertunggangan dari jauh. Ia kemudiannya dikhususkan dalam bidang ketenteraan untuk mengisyaratkan askar-askar baik yang berkuda atau berbarisan kepada tindakan yang diarahkan dari pemimpin pasukan.

Begol turut digunapakai dalam kalangan orang pandu atau pengakap untuk menandakan waktu tertentu semasa berkegiatan luar seperti berkhemah.

Remove ads

Rujukan

Bibliografi

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads