Bendera Chile
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Bendera Chile (Sepanyol: Bandera de Chile, juga diberi jolokan La Estrella Solitaria[1] "Bintang Tunggal") terdiri daripada dua jalur putih dan merah sama lebar dengan kanton, segi empat tepat biru berkandungkan bintang pecah lima putih. Ia mula digunakan secara rasmi pada 18 Oktober 1817.

Rekaan
Perlambangan
Warna-warna merah, biru dan putih yang dipakai datangnya daripada panji-panji dibawa para pahlawan Mapuche semasa berperang menentang askar-askar Sepanyol di Perang Arauco. Ketiga-tiga warna ini turut diberikan maksud yang tersendiri:[2]
- biru melambangkan langit dan lautan Pasifik,
- putih melambangkan banjaran Andes dilitupi salji,
- merah melambangkan darah ditumpahkan para pahlawan yang mengorbankan nyawa memerdekakan Chile.

Bintang di atas pula datang daripada peringkasan simbol bintang pecah lapan Wünelfe dipakai puak peribumi Mapuche melambangkan bintang Kejora yang dianggap suci puak tersebut - ia sendirinya merupakan ilham utama penerapan kanton dalam rekaan bendera ini sepertimana menurut catatan Bernardo O'Higgins.[3][4] Bintang wünelfe pernah diterapkan dalam bentuk asalnya di dalam suatu bintang pecah lima pada rekaan asal bendera terkini (yang akan tampil dalam laman ini) namun bintang tersebut terbuang berikutan peringkasan bendera ini setelah beberapa lama kepada bentuknya yang terkini.
- Bayangan semula rekaan antara bendera yang dipakai pahlawan Mapuche dalam Perang Arauco.
- Panji perang dipakai Lautaro.
Spesifikasi

Rincian warna rasmi yang diberikan untuk penghasilan bendera ini adalah seperti berikut:
Remove ads
Rekaan bendera terdahulu
Bendera rasmi pertama (1812-1814)

Penggulingan kerajaan Sepanyol diperintah Raja Fernando VII oleh Napoleon Bonaparte segera mendorong para penguasa Kekapitanan Agung Chile (Capitanía General de Chile) mewujudkan pemerintahan autonomi baharu yang dilihat sebagai pembuka peluang kepada jajahan Chile memerdekakan diri daripada cengkaman kuasa Sepanyol.
Jalur biru melambangkan penguasa dan lautan, putih melambangkan cabang perundangan dan salji litupan Andes sementara jalur kuning melambangkan cabang kehakiman dan ladang-ladang gandum subur dan luas terbentang.
Bendera rasmi kedua (Mei hingga Oktober 1817)

Kemenangan pihak Chile dalam Pertempuran Chacabuco pada 1817 memulakan tempoh pemerintahan baharu di Chile iaitu Patria Nueva.
Warna merah diambil daripada panji dipakai puak Mapuche menggantikan jalur bawah melambangkan darah yang ditumpahkan dalam banyak peperangan di Chile.
Bendera rasmi ketiga (sejak Oktober 1817)

Bendera ini diketahui direka oleh José Ignacio Zenteno Menteri Perang semasa pemerintahan O'Higgins. Ia direka berdasarkan ukuran yang dikira menepati nisbah keemasan; hal ini dapat ditunjukkan pada perbezaan panjang jalur-putih biru dan putih serta tercondongnya bintang pecah lima mengikuti lingkaran terbentuk hasil perkiraan nisbah tersebut. Jata negara Chile pada ketika ini turut tertera di tengah bidang bendera.[5][6]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
