Ekuestrianisme
penunggangan kuda From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Ekuestrianisme (daripada bahasa Latin: equester, equestr-, "penunggang kuda"),[1] juga lebih dikenali sebagai menunggang kuda atau berkuda, merujuk kepada kemahiran menunggang, memandu, melompat halangan atau melombol dengan kuda. Takrifan umum ini mencakupi penggunaan kuda untuk tujuan-tujuan pekerjaan, pengangkutan, rekreasi, seni atau kebudayaan, dan sukan.

Remove ads
Gambaran keseluruhan
Kuda dilatih dan ditunggang untuk tujuan-tujuan pekerjaan praktis seperti kerja polis ataupun menggiring haiwan ternakan di ladang. Ia juga digunakan dalam sukan kompetitif termasuklah dressage, lumba kuda lasak, eventing, show jumping, pancang tenda, polo, lumba kuda, dan rodeo. Bentuk-bentuk peraduan yang terkenal dianjurkan di pertunjukan kuda di mana kuda melakukan pelbagai disiplin. Kuda (dan juga saudaranya seperti baghal dan keldai) ditunggang untuk tujuan bukan rekreasi seperti memburu atau bersiar-siar. Di seluruh dunia terdapat kemudahan laluan kuda untuk kegunaan awam; kebanyakan taman, ladang dan kandang awam menawarkan kemudahan menunggang secara terbimbing mahupun berdikari. Kuda juga digunakan untuk tujuan terapi dalam bentuk perlumbaan paraekuestrian khusus mahupun tunggangan bukan sukan untuk meningkatkan kesihatan insan dan perkembangan emosi.
Kuda juga dipandu untuk menarik pedati dalam lumba kereta kuda, di pertunjukan kuda dan jenis persembahan yang lain, baik dalam lakonan sejarah mahupun upacara. Di sesetengah negara, kuda masih digunakan untuk tujuan praktik seperti pertanian.
Kuda masih digunakan dalam perkhidmatan awam: di upacara tradisional (perarakan, pengebumian), polis dan peronda sukarelawan berkuda, serta usaha mencari dan menyelamat.
Remove ads
Sejarah penggunaan kuda
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Equestrianism (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Remove ads
Lihat juga
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ekuestrianisme |
- Ekuestrian di Sukan Olimpik
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
