Big-headed turtle

From Wikipedia, the free encyclopedia

Big-headed turtle
Remove ads

Kura-kura Kepala Besar (Platysternon megacephalum) adalah spesies kura-kura dalam keluarga Platysternidae yang berasal dari benua Asia selatan dan Selatan China.[2]

Fakta Segera Kura-kura Kepala Besar, Status pemuliharaan ...
Remove ads

Ciri-ciri

Thumb
Gambar Profil

Kura-kura Kepala Besar ini diketahui boleh memanjat pokok atau apa-apa halangan di air sungai dengan mudah. Ia juga boleh menggunakan ekor dan paruhnya sebagai sokongan untuk membantu ia memanjat.[4] Tetapi Ia bukanlah perenang yang baik.[4] Selain itu, ia tidak boleh memasukkan kepalanya ke dalam tempurung badannya disebabkan saiz kepala yg amat besar berbanding kura-kura spesies lain. Kepalanya berbentuk segitiga, coklat kekuningan dan atasnya rata. Di hujung mulutnya terdapat paruh tajam seperti burung yang digunakan untuk menakutkan pemangsa dan membantu mengoyakkan makanan seperti ikan dan siput kecil. Ekornya sangat panjang, bersisik dan bergulung.

Thumb
Pandangan P. megalocephalum dari atas
Thumb
Plastron
Thumb
Pandangan P. m. megacephalum dari sisi
Remove ads

Habitat

Kura-kura ini mendiami sungai-sungai, kawasan hutan dan pergunungan yang airnya tidak tercemar, jernih, sejuk dan berbatu.[5]

Taburan

Kura-kura ini biasa dijumpai di Kemboja, China, Laos, Myanmar, Thailand, and Vietnam.[2]

Subspesies

Terkini, terdapat tiga subspesies yang telah direkodkan;

  • P. m. megacephalum, China, 1831[2] - Menyebar dari wilayah-wilayah China (Anhui, Fujian, Guangdong, Guangxi, Guizhou, Hainan, Hong Kong, Hunan, Jiangsu, Jiangxi, Yun-nan, Zhejiang)[6]
  • P. m. peguense, Myanmar dan Thailand, 1870[2]
  • P. m. shiui, Kemboja, Laos dan Vietnam, 1987[2]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads