Bill Clinton
Presiden Amerika Syarikat ke-42 From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
William Jefferson Clinton (lahir sebagai William Jefferson Blythe III; 19 Ogos 1946; Tulisan Jawi: ويليئم جيفرسن کلينتن) juga dikenali sebagai Bill Clinton ialah ahli politik dan peguam Amerika yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-42, berkhidmat daripada tahun 1993 sehingga tahun 2001.
Beliau juga berkhidmat sebagai Gabenor negeri Arkansas untuk empat penggal tetapi tidak berturut-turut. Sebagai Gabenor, beliau telah membuat reformasi pendidikan negeri dan menjadi pengerusi Persatuan Gabenor Kebangsaan. Pada pilihan raya presiden 1992, tiket beliau berjaya mengalahkan presiden George H. W. Bush dari parti Republikan.
Beliau adalah ahli Parti Demokrat, dan di bawah pimpinan beliau, Parti Demokrat bergerak kepada "pertengahan" politik Amerika. Antara keutamaan kerajaan A.S. semasa kepresidenan beliau termasuk sistem kesihatan sejagat dan memperbaiki sistem pendidikan Amerika Syarikat. Isteri beliau, Hillary Rodham Clinton merupakan bekas Senator dari negeri New York sehingga tahun 2009, bekas setiausaha negara Amerika Syarikat dan calon presiden dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada tahun 2016.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Awal hidup dan kerjaya awal
Clinton dilahirkan dan dibesarkan di Arkansas dan bersekolah di Universiti Georgetown, University College, Oxford, dan Yale Law School. Beliau bertemu dengan Hillary Rodham di Yale dan mereka berkahwin pada tahun 1975. Setelah lulus dari sekolah undang-undang, Clinton kembali ke Arkansas dan memenangi pemilihan sebagai peguam negara negeri, diikuti jawatan dua penggal tidak berturut-turut sebagai gabenor Arkansas. Sebagai gabenor, beliau merombak sistem pendidikan negeri dan menjawat sebagai Pengerusi Persatuan Gabenor Kebangsaan.

Pembedahan arteri
Pada 12 Februari 2010, Bill Clinton selamat menjalani pembedahan jantung bagi membersihkan saluran darah arteri yang tersumbat. Selepas keluar dari Hospital New York Presbyterian , beliau berehat di Chappaqua, New York. Pada 2004, beliau menjalani pembedahan pintasan jantung untuk merawat empat arteri tersumbat.[2]
Remove ads
Kepresidenan (1993-2001)
Perlantikan
Clinton dipilih sebagai presiden pada tahun 1992 , mengalahkan Presiden Republikan George H. W. Bush. Pada usia 46 tahun, beliau menjadi presiden termuda ketiga dalam sejarah. Naib presiden beliau ialah Al Gore, Senator A.S. dari Tennessee yang dipilih Clinton ketika Konvensyen Demokrat 1992.
Beliau mula bertugas sebagai Presiden pada tengah hari 20 Januari, 1993.
Sebagai Presiden

Clinton mengetuai jangka masa pengembangan ekonomi terpanjang dalam sejarah Amerika.[3][4][5] Beliau menandatangani undang-undang Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Undang-Undang Pengendalian Jenayah Kekerasan dan Penguatkuasaan Undang-Undang, tetapi gagal meloloskan rancangannya untuk reformasi penjagaan kesihatan kebangsaan.


Dalam pilihan raya umum 1994, Parti Republikan menguasai semula Kongres buat pertama kalinya dalam 40 tahun. Pada 1996, Clinton memenangi semula pemilihan Presiden. Beliau berjaya meluluskan reformasi kesejahteraan dan Program Insurans Kesihatan Anak Negeri, serta langkah-langkah pembatalan peraturan kewangan. Biau juga melantik Ruth Bader Ginsburg dan Stephen Breyer ke Mahkamah Agung A.S..
Selama tiga tahun terakhir kepresidenan Clinton, Pejabat Anggaran Kongres melaporkan lebihan belanjawan - lebihan pertama sejak 1969. Dalam dasar luar, Clinton memerintahkan campur tangan ketenteraan A.S. dalam Perang Bosnia dan Kosovo, menandatangani perjanjian Damai Dayton, menandatangani Akta Pembebasan Iraq yang bertentangan dengan Saddam Hussein, mengambil bahagian dalam Perjanjian Oslo I dan Kem David Summit untuk memajukan proses damai Israel-Palestin , dan membantu proses perdamaian Ireland Utara.
Pada tahun 1998, Clinton telah dicabar oleh Dewan Perwakilan, menjadi presiden A.S. kedua yang dicabar selepas Andrew Johnson. Pendakwaan itu didasarkan pada tuduhan bahawa Clinton melakukan sumpah palsu dan menghalang keadilan dengan tujuan menyembunyikan skandal seksualnya dengan Monica Lewinsky, seorang pelatih yang bertugas di Rumah Putih yang berusia 22 tahun. Beliau dibebaskan daripada semua pertuduhan oleh Senat dan menamatkan penggal kedua kepresidenannya pada 20 Januari 2001.[6][7][8]
Remove ads
Pasca kepresidenan



Sejak meninggalkan Rumah Putih pada 2001, Clinton aktif bergiat dalam aktiviti kemanusiaan, memberi ucapan-ucapan dan mengasaskan yayasan-yayasan.[9][10]
Pada Januari 2004, bersama dengan bekas presiden ke-41 Bush, Clinton menjadi penyelaras bantuan kepada mangsa taufan Katrina.[11]
Beliau juga bergiat aktif dalam berkempen untuk isteri beliau, Hillary Clinton dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2008, yang di mana Clinton ditewaskan oleh Senator A.S. dari Illinois, Barack Obama dan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2016 di mana beliau juga dikalahkan oleh calon Republikan, Donald Trump.[12][13] Beliau juga hadir memberi ucapan beliau pada beberapa konvensyen Demokrat kebangsaan.[14]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
