Biokejuruteraan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Biokejuruteraan atau kejuruteraan biologi merupakan aplikasi kejuruteraan dalam mengatasi isu-isu yang berkaitan dengan biologi dan perubatan. Kajian ini turut melibatkan kejuruteraan biomedikal.
Prinsip biokejuruteraan turut praktikal dalam spektrum alam kehidupan. Hal ini demikian kerana teknik biokejuruteraan yang diamalkan dalam biologi skala molekul, biokimia, mikrobiologi, farmakologi, sitologi, immunologi dan neurosains turut digunakan dalam alat perubatan, perubatan diagnostik, bahan bio-persamaan dan bahan-bahan perubatan yang lain.
Biokejuruteraan tidak terhad dalam bidang perubatan sahaja. Jurutera biokejuruteraan menyelesaikan dan menghubung kait masalah serta perkara-perkara yang berkaitan dalam sistem komplex.
Remove ads
Takrifan
Perkataan biokejuruteraan mula digunakan oleh Heinz Wolff, seorang ahli sains British dan pembaca berita pada 1954.[1]
Biokejuruteraan juga digunakan untuk menerangkan pengunaan tanaman dalam pembinaan kejuruteraan awam.
Rujukan
Lihat juga
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads