Bison
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Bison merupakan genus mamalia darat berjari genap yang besar seperti kerbau dalam keluarga Bovidae.[1] Spesies-spesies ini mempunyai ponok besar dan tinggi, leher yang rendah dan tanduk-tanduk pendek.[2]:1 Genus ini mempunyai dua spesies yang masih wujud iaitu Bison bison yang ditemukan di lembah-lembah sungai dan padang-padang rumput Amerika Utara, dan spesies Bison bonasus yang ditemukan di hutan-hutan jarang dan semak samun di benua Eropah.[1]
Remove ads
Ciri-ciri
Badan
Bison bonasus lebih tinggi berukuran 2.1 meter[3] daripada Bison bison yang berukuran 2 m tinggi.[4][5] B. bison pula mempunyai berat antara 400 hingga 1,270 kilogram (880 hingga 2,800 paun)[5][6] lebih tinggi daripada Bison bonasus dari 800 hingga 1,000 kg (1,800 hingga 2,200 lb).[7] Badan spesies-spesies Bison sangat besar, berotot dan penuh dengan bulu panjang dan kasar; badan spesies B. bison lebih banyak bulu daripada badan spesies B. bonasus.

Belakangnya mempunyai ponok yang tinggi kerana ruas-ruas atas tulang belakangnya mempunyai cuaran yang panjang dan dibalut otot.[2]:1
Kepala
Tanduk spesies Bison bonasus lebih bengkok seperti sepit ketam berbanding tanduk B. bison yang membolehkannya berlaga tanduk dengan individu-individu jantan lain.[8]
Remove ads
Tabiat
Spesies-spesies Bison suka berkubang atau bergelimang debu dalam lubang-lubang tanah yang cetek untuk membersihkan diri daripada gigitan serangga seperti kutu dan menyejukkan badan.[9]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
