Blender (perisian)

Perisian 3D bebas dan bersumber terbuka From Wikipedia, the free encyclopedia

Blender (perisian)
Remove ads

Blender (Jawi: بليندر) ialah sebuah perisian 3D yang bebas dan bersumber terbuka untuk menghasilkan seni biasa, model 3 dimensi, kesan visual dan grafik gerakan. Ia boleh diintegrasikan dalam mana-mana proses penghasilan animasi 3D seperti pemodelan, UV unwrapping, penteksturan, rigging dan skinning, simulasi cecair, penyuntingan, compositing dan banyak lagi.

Fakta Segera Pembuat asal, Pembangun ...

Perisian ini dihasilkan tersuai untuk pelbagai sistem pengendalian seperti Microsoft Windows, Linux, Mac OS X, Solaris, NetBSD, FreeBSD, Open BSD dan liang (port) tidak rasmi untuk sistem pengendalian komputer poket.

Remove ads

Sejarah

Thumb
Tangkapan layar Blender 2.4

Blender dibangunkan bersama studio animasi Belanda Neo Geo dan Not a Number Technologies (NaN) pada asalnya untuk kegunaan sendiri, fail sumber ia mula diterbitkan pada 2 Januari 1994.[2] Pengarang utamanya ialah Ton Roosendaal yang pernah menulis sebuah penyurih sinar bernama Traces for Amiga pada tahun 1989. Nama "Blender" diilhamkan oleh sebuah lagu oleh Yello daripada album Baby.[12]

Roosendaal mengasaskan NaN pada bulan Jun 1998 untuk terus membangun dan mengedarkan atur cara terbabit. Atur cara ini pada mulanya diedarkan sebagai perisian kongsi sehinggalah NaN jatuh muflis pada tahun 2002.

Para pemiutang bersetuju untuk membebaskan Blender di bawah terma Lesen Awam Am GNU, dengan bayaran sekali gus €100,000 (AS$100,670 ketika itu). Tanggal 18 Julai 2002, sebuah kempen pembiayaan Blender telah dimulakan oleh Roosendaal untuk mengumpul derma dan pada 7 September 2002, diumumkan bahawa dana yang cukup telah berjaya dikumpul dan kod sumber Blender akan dibebaskan. Kini, Blender ialah sebuah perisian yang bebas lagi bersumber terbuka dan dibangunkan oleh komuniti, di samping dibangunkan oleh pekerja sambilan dan tetap.[13]

Blender Foundation pada asalnya mempunyai hak untuk menggunakan dwi lesen, supaya, di samping GNU GPL, Blender juga dilesenkan di bawah "Lesen Blender", yang tidak memerlukan kod sumbernya dibuka sebaliknya memerlukan bayaran kepada Blender Foundation. Namun, pilihan ini tidak pernah diguna pakai dan telah ditangguhkan pada tahun 2005.[14] Buat masa ini, Blender berada di bawah GNU GPL sepenuhnya.

Remove ads

Gambaran utama

Pemasangan

Pemasangan dan pengendalian perisian ini memerlukan perkakasan berikut:[15][a]

Maklumat lanjut Perkakasan, Minimum ...

Tataguna

Kebanyakan arahan dalam perisian dapat dimasukkan menggunakan pintasan kekunci (hotkeys) serta mudah dipelajari daripada menu grafik yang lengkap.

Maklumat lanjut Ciri, CPU ...

Fail-fail disokong

Banyak format fail 3D disokong untuk tujuan pemasukan dan pengeluaran fail termasuk Alembic, 3D Studio (3DS), Filmbox (FBX), Autodesk (DXF), SVG, STL (untuk pencetakan 3D), UDIM, USD, VRML, WebM, X3D dan Obj.

Remove ads

Galeri

Nota

  1. For actual Hardware Tests see https://opendata.blender.org/

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads