Boston

From Wikipedia, the free encyclopedia

Boston
Remove ads

Boston ialah ibu negeri dan bandar terbesar Massachusetts, dan dianggap sebagai salah satu bandar tertua di Amerika Syarikat. Boston juga bandar terbesar di kawasan New England, dan merupakan pusat ekonomi dan budaya di kawasan tersebut yang kadang-kala dianggap sebagai "Ibu kota New England" tidak rasmi. Menurut bancian tahun 2008, penduduk di Boston dianggarkan berjumlah 609,023 menjadikan ia bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat.

Fakta Segera City of Boston, Negara ...
Remove ads

Sejarah

Boston diasaskan pada 17 November 1630 oleh peneroka Puritan dari England. Peneroka Eropah awal Boston memanggil kawasan tersebut sebagai "Trimountaine" (Tiga Gunung). Nama Boston diambil daripada sebuat bandar yang juga bernama Boston di Lincolnshire, England, kerana ramai peneroka Pilgrim datang dari kawasan tersebut. Kebanyakan warga awal Boston terdiri daripada golongan Puritan. Peneroka Puritan ini juga mewujudkan sekolah awam dan universiti pertama Amerika iaitu Universiti Harvard pada tahun 1636. Sehingga tahun 1760-an, Boston merupakan bandar terbesar di Amerika.

Pada awal tahun 1770-an, pihak British cuba mengawal tiga belas koloni dengan cukai. Peristiwa ini menyebabkan penduduk Boston memulakan Revolusi Amerika. Antara peristiwa penting yang berlaku di Boston ialah Pembunuhan Beramai-ramai Boston, Jamuan Teh Boston dan beberapa perang awal yang berlaku di dalam atau berdekatan dengan bandar ini.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads