BrahMos
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
BrahMos (designasi PJ-10)[12] adalah sebuah peluru berpandu krus supersonik ramjet jarak sederhana yang boleh dilancarkan daripada kapal selam, kapal, pesawat udara atau kenderaan darat. Ia merupakan peluru berpandu krus terpantas di dunia.[13] Peluru berpandu ini dibangunkan secara bersama antara syarikat NPO Mashinostroyeniya dari Rusia dan Defence Research and Development Organisation (DRDO) dari India yang mana menubuhkan firma BrahMos Aerospace.[14] Rekaannya berdasarkan peluru berpandu krus P-800 Oniks dan teknologi peluru berpandu mendakap permukaan laut yang serupa dari Rusia. Nama BrahMos merupakan sebuah portmanteau yang terhasil daripada nama dua buah sungai iaitu Brahmaputra di India dan Moskva di Rusia.
Pada masa ini BrahMos merupakan peluru berpandu krus terpantas yang berada dalam perkhidmatan.[15][16][17] Peluru berpandu ini akan terbang pada kelajuan Mach 2.8 hingga 3.0,[8] yang mana kini ditingkatkan sehingga ke Mach 5.0.[18] Versi-versi lancaran darat dan kapal telah digunakan dalam perkhidmatan, manakala versi lancaran kapal selam kini memasuki fasa ujian.[19] Sebuah versi lancaran udara muncul pada tahun 2012. Sebuah versi hipersonik, BrahMos-II, juga kini dalam fasa pembangunan dengan kelajuan Mach 7-8 untuk meningkatkan keupayaan serangan pantas. Ia dijangka akan sedia untuk diuji menjelang tahun 2020.[20]
India mahukan BrahMos berdasarkan rekaan peluru berpandu krus jarak sederhana seperti P-700 Granit. Pendorongannya berasaskan peluru berpandu Rusia dan sistem panduan peluru berpandu telah dibangunkan oleh BrahMos Aerospace. Peluru berpandu ini dijangka akan mencapai jumlah pesanan berharga AS$13 bilion.[21][22]
Pada tahun 2016, setelah India menjadi anggota dalam Rejim Kawalan Teknologi Peluru Berpandu (MTCR), India dan Rusia kini merancang untuk membangunkan secara bersama sebuah peluru berpandu Brahmos generasi baharu dengan jarak lehih daripada 600 km dan kebolehan untuk menghentam sasaran dilindungi dengan kejituan tinggi.[23][24]
Remove ads
Lihat juga
- P-800 Oniks
- CX-1 Missile Systems
- CVS401 Perseus
- YJ-12
- Boeing X-51
- RATTLRS
- XASM-3
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
