Brie Larson
Pelakon, penyanyi dan pemuzik Amerika Syarikat From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Brianne Sidonie Desaulniers (lahir 1 Oktober 1989), lebih dikenali sebagai Brie Larson, ialah seorang pelakon, penyanyi dan pengarah wanita Amerika Syarikat. Beliau memulakan karier lakonannya dengan muncul di dalam sitkom tahun 2001, Raising Dad.
Sewaktu remaja, Larson mempunyai peranan di dalam filem tahun 2004, 13 Going on 30 dan Sleepover. Persembahan lakonan beliau di dalam filem komedi, Hoot (2006) menerima pujian daripada pengkritik filem. Beliau kemudiannya mempunyai peranan sokongan di dalam filem Greenberg (2010), Scott Pilgrim vs. the World (2010), 21 Jump Street (2012) dan Don Jon (2013). Dari tahun 2009 sehingga 2011, Larson muncul di dalam siri televisyen United States of Tara.
Filem yang melonjakkan karier Larson adalah Short Term 12 (2013) dimana persembahan lakonan beliau dipuji. Larson terus mencapai kejayaan pada tahun 2015 selepas membintangi filem Room. Beliau memenangi beberapa anugerah untuk persembahan lakonannya di dalam filem ini termasuk Anugerah Akademi, Anugerah BAFTA, Anugerah Pilihan Pengkritik, Anugerah Golden Globe dan Anugerah Screen Actors Guild untuk Pelakon Wanita Terbaik.
Remove ads
Kehidupan awal
Brie Larson lahir di Sacramento, California. Beliau merupakan anak perempuan kepada Heather (née Edwards) dan Sylvain Desaulniers.[1] Ibu bapa beliau bercerai ketika beliau masih kanak-kanak. Beliau mempelajari lakonan di Teater Konservatori Amerika, San Francisco.[2][3] Datuk dan nenek sebelah bapa beliau adalah orang Perancis-Kanada.
Kerjaya
Lakonan
Kerja pertama Larson adalah berlakon dalam sketsa di dalam rancangan televisyen The Tonight Show with Jay Leno.[4] Tidak lama selepas itu, beliau telah dipilih untuk berlakon di dalam siri televisyen Schimmel tetapi tidak pernah ditayangkan selepas pelakonnya, Robert Schimmel disahkan menghidap kanser tidak lama sebelum penggambaran bermula.[5] Selepas ditangguhkan selama sepuluh bulan, Fox membatalkan siri televisyen ini. Larson kemudiannya menjalani uji bakat untuk rancangan baru The WB, In Your Dreams dan berjaya mendapat watak Emily. Rancangan televisyen ini telah dipilih untuk musim luruh tahun 2001- 2002 dan dinamakan semula kepada Raising Dad. Rancangan televisyen ini kemudiannya dibatalkan selepas 27 episod. Larson juga dipilih untuk berlakon di dalam sebuah episod sitkom ABC, Hope & Faith tetapi beliau dan beberapa pelakon lain telah dikeluarkan selepas episod itu tidak ditayangkan.
Pada tahun 2003, beliau membintangi bersama Beverley Mitchell di dalam filem Disney Channel, Right on Track. Pada bulan Julai 2004, beliau membintangi filem Sleepover.[6] Beliau juga mempunyai peranan kecil di dalam filem 13 Going on 30.[7] Larson muncul di dalam filem tahun 2006, Hoot bersama-sama Logan Lerman dan Cody Linley. Beliau juga mempunyai peranan suara di dalam filem Farce of the Penguins. Beliau membintangi sebagai Angie di dalam filem komedi tahun 2007, Remember the Daze dan juga muncul di dalam filem pendek tahun 2008, The Babysitter, sebuah filem yang ditulis dan diarahkan oleh David H. Steinberg. Beliau muncul di dalam sebuah episod Ghost Whisperer pada bulan Januari 2008. Beliau mempunyai peranan sebagai Kate di dalam filem tahun 2008, Tanner Hall, sebuah filem arahan Francesca Gregorini dan Tatiana von Fürstenberg. Larson melakonkan watak Kate Gregson di dalam siri televisyen Showtime, United States of Tara. Siri televisyen ini mula ditayangkan pada 18 Januari 2009 tetapi tidak disambung selepas musim ketiga. Episod terakhir ditayangkan pada 20 Jun 2011.[8]
Pada tahun 2012, Larson melakonkan watak Molly di dalam filem 21 Jump Street, sebuah adaptasi rancangan televisyen tahun 1980-an, 21 Jump Street. Filem ini juga dibintangi oleh Jonah Hill dan Channing Tatum. Pada tahun 2013, beliau muncul sebagai Rachel di dalam sebuah episod siri televisyen, Community bertajuk "Herstory of Dance"[9] dan sekali lagi di dalam episod "Analysis of Cork-Based Networking" pada tahun berikutnya. Pada tahun 2013, beliau membintangi filem Short Term 12.[10][11] Beliau muncul sebagai tetamu di dalam The Late Late Show with Craig Ferguson beberapa kali diantara tahun 2010 dan 2013.[12]
Pada tahun 2015, Larson muncul di dalam Trainwreck. Beliau juga membintangi filem Room, sebuah filem adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama oleh Emma Donoghue. Filem ini ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto dan mula ditayangkan di teater pada 16 Oktober 2015. Filem ini menerima pujian meluas terutamanya untuk persembahan lakonan Larson. Beliau memenangi beberapa anugerah untuk lakonannya di dalam filem ini termasuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik.
Pada awal tahun 2016, Larson dipilih untuk berlakon di dalam filem Kong: Skull Island bersama-sama Samuel L. Jackson dan Tom Hiddleston. Penggambaran filem ini berlangsung di Queensland, Australia.[13] Pada bulan berikutnya, Larson telah disahkan akan bersatu semula bersama pengarah filem Short Term 12, Destin Daniel Cretton untuk filem The Glass Castle. Kemudiannya pada bulan Jun, The Hollywood Reporter melaporkan bahawa Larson merupakan pilihan untuk membintangi sebagai Carol Danvers / Captain Marvel di dalam filem Marvel Studios akan datang, Captain Marvel.[14] Marvel kemudiannya mengumumkan pemilihannya di Comic-Con San Diego 2016.[15]
Muzik
Brie Larson melancarkan kerjaya sebagai pemuzik, penyanyi dan penulis lagu dengan mengeluarkan album sulung menerusi sebuah label rakaman pada tahun 2005. Beliau telah membuat persembahan secara langsung konsert di seluruh Amerika Syarikat. Album kedua telah dibangunkan dan telah selesai tetapi tidak pernah dikeluarkan. Penampilan awam terakhir beliau sebagai penyanyi adalah pada tahun 2010, apabila beliau mempersembahkan lagu "Black Sheep" bersama band Metric di dalam Scott Pilgrim vs. the World.[16] Satu-satunya album beliau yang dikeluarkan, Finally Out of P.E. dijual pada lewat tahun 2005 dan terjual sebanyak 3,500 salinan di Amerika Syarikat.[17]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Brie Larson berada dalam hubungan bersama pemuzik, Alex Greenwald sejak tahun 2013.[18][19] Pada bulan Mei 2016, wakil Larson mengedahkan bahawa dia dan Greenwald sudah bertunang.[20]
Filemografi
Filem
Televisyen
Remove ads
Diskografi
- Finally Out of P.E.[22]
Anugerah dan pencalonan
Larson memenangi Anugerah Akademi, Anugerah Screen Actors Guild, Anugerah BAFTA dan Anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk persembahan lakonan beliau di dalam filem Room (2015).
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
