Bulan sabit

From Wikipedia, the free encyclopedia

Bulan sabit
Remove ads

Bulan sabit adalah simbol atau lambang yang digunakan untuk mewakili fasa qamari suku pertama menyerupai bilah alat sabit, atau secara lanjutnya mewakili Bulan itu secara keseluruhannya.

Thumb
Suatu bentuk bulan sabit menghadap ke kiri

Perlambangan

Dalam ilmu nujum dan purba

Simbol bulan sabit telah lama digunakan mewakili Bulan dalam astrologi dan lanjutnya perak dalam bidang alkimia;[1] penggunaan ini dicatat seawal naskhah papirus horoskop zaman Yunani Purba.[2]

Perkaitan dengan agama

Ia dikaitkan dengan agama Islam serta kebudayaan yang dibawanya sejak zaman Uthmaniyah di mana suatu panji diraja bulan bintang digunakan rasmi masa pemerintahan Mustafa III (1757-1774) dan kemudiannya menjadi mapan pada waktu pemerintahan sultan-sultan Abdul Hamid I (1774–1789) dan Selim III (1789-1807). Titah bertarikh tahun 1793 menyatakan bahawa kapal-kapal di tentera laut Uthmaniyyah mempunyai bendera itu.[3] Penetapan ketat tersebut tidak disenangi penerbit-penerbit Islam yang menganggap ia suatu silap faham,[4] perkara ini dapat ditemukan dari gambaran penulisan Orientalis Barat dari seawal tahun 1928. [5]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads