Bunga api

From Wikipedia, the free encyclopedia

Bunga api
Remove ads

Bunga api ialah sejenis peralatan yang dibina menggunakan bahan letupan lemah yang bertujuan sebagai estetik dan hiburan. Pameran bunga api ialah pertunjukkan yang menggunakan peralatan tersebut untuk menimbulkan kesan bunga api tersebut.

Bunga api
Thumb
Fail GIF bunga api, yang berdasarkan video bunga api di Festival Nagaoka 2012, Jepun
Thumb
Bunga api ketika sambutan Tahun Baru di Bratislava, 2005
Thumb
Bunga Api pada sambutan Hari 4 Julai di Washington, DC, Amerika Syarikat
Thumb
Paparan bunga api di Taipei 101, Taiwan pada 2005, menjadikannya persembahan bunga api di pencakar langit pertama di dunia.

Bunga api digunakan dengan meluas untuk menghasilkan empat kesan utama: bunyi, api/cahaya yang berwarna, asap dan bahan terapung (seperti konfeti) melalui pembakaran bahan-bahan tertentu seperti serbuk letupan, sulfur dan pelbagai jenis bahan kimia yang lain. Bergantung kepada rekaan pakar bunga api, ianya dihasilkan untuk mengeluarkan api dan asap berwarna yang mengandungi satu atau lebih warna, iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu dan perak.

Oleh sebab bunga api menghasilkan asap beracun yang berupaya mencemarkan alam sekitar dan mencederakan orang lain, perdebatan mengenainya dibincangkan di seluruh dunia.

Remove ads

Komponen

Warna dalam bunga api biasanya dihasilkan oleh bintang piroteknik (pyrotechnic star) yang menghasilkan cahaya yang sangat terang apabila dinyalakan. "Bintang-bintang" ini mempunyai lima jenis bahan komponen:

  • bahan api yang membolehkan "bintang" membakar
  • bahan pengoksida—sebatian yang menghasilkan oksigen (usually) yang membantu dalam pembakaran bahan api
  • bahan kimia yang menghasilkan warna
  • bahan pengikat yang mengikat bahan-bahan dalam pelet bersama.
  • pemberi klorin yang membekalkan klorin menguatkan warna api. Kadangkalanya, pengoksida turut memainkan peranan ini.

Sebatian-sebatian pewarna yang sering digunakan tertera pada jadual di bawah. Warna sebatian dalam bunga api adalah sama seperti mana bahan tersebut dibakar dalam suatu ujian nyala. Tidak semua sebatian menghasilkan warna apabila dinyala sesuai sebagai bahan pewarna bunga api, namun bahan pewarna yang ideal akan menghasilkan warna yang tulen dan kuat apabila ia dalam kepekatan yang sederhana.

Maklumat lanjut Warna, Besi ...
Remove ads

Sejarah

Bunga api telah dicipta oleh orang Cina purba pada kurun ke-12 untuk menghalau roh-roh jahat, dimana ia dicipta melalui penambahbaikan ubat bedilan Cina. Pertunjukan bunga api dianggap penting kepada kaum Cina apabila ia digunakan sehingga sekarang melalui sambutan Tahun Baru Cina dan sambutan perayaan Kuih Bulan. China merupakan negara pembekal dan pengeksport utama bunga api di dunia.

Bacaan lanjut

  • Plimpton, George (1984). Fireworks: A History and Celebration. Doubleday. ISBN 0385154143.
  • Brock, Alan St. Hill (1949). A History of Fireworks. George G. Harrap & Co.
  • Russell, Michael S (2008). The chemistry of fireworks. Royal Society of Chemistry, Great Britain. ISBN 9780854041275.
  • Shimizu, Takeo (1996). Fireworks: The Art, Science, and Technique. Pyrotechnica Publications. ISBN 978-0929388052.

Pautan luar

Kategori berkenaan bunga api di Wikimedia Commons

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads