Kepekakan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kepekakan, ketulian, tunakerna atau tunarungu merupakan keadaan yang mana keupayaan mengesan frekuensi bunyi tertentu baik pada tahap separa atau sepenuhnya. Apabila digunakan pada manusia, istilah cacat pendengaran ditolak oleh pergerakan Budaya Pekak, manakala istilah pekak dan sukar pendengaran lebih diterima.
Remove ads
Peristilahan
Kata tuli تولي diturunkan dari akar Proto-Austronesia *Culi yang juga bermaksud "tahi telinga".[1]
Tunakerna توناکرنا dan tunarungu توناروڠو diimbuhkan awalan tuna- serapan Sanskrit: तुन्न, rumi: tunna "terluka" melalui bahasa Kawi[2] kepada rungu (Hanacaraka: ꦫꦸꦔꦸ) dan kerna (Hanacaraka: ꦏꦂꦟ serapan Sanskrit: कर्ण, rumi: karṇa)[3] masing-masing bermaksud "telinga" dan "mendengar" dalam bahasa Jawa moden.
Remove ads
Definisi
Kepekaan pendengaran ditunjukkan oleh bunyi paling senyap boleh dikesan haiwan, dikenali sebagai tahap pendengaran. Dalam kes manusia dan sesetengah haiwan, tahap pendengaran ini boleh diukur dengan tepat menggunakan audiogram tingkah-laku. Rekod dihasilkan bagi bunyi tersenyap yang sentiasa menghasilkan tindak balas daripada pendengar. Ujian ini dilakukan bagi bunyi pada frekuensi berbeza. Terdapat juga ujian elektrofisiologikal yang boleh dilakukan tanpa memerlukan tindak balas kelakuan.
Tahap pendengaran normal bagi sebarang spesies tertentu adalah tidak sama bagi semua frekuensi. Sekiranya bunyi frekuensi berbeza dimainkan pada amplitud yang sama, sesetengah akan dilihat sebagai kuat, dan yang lain senyap atau malah tidak didengari sepenuhnya. Secara umum, jika gain atau amplitud ditingkatkan, sesuatu bunyi lebih berkemungkinan disedari. Biasanya, apabila haiwan menggunakan bunyi untuk berkomunikasi, pendengaran bagi haiwan jenis itu adalah lebih sensitif bagi frekuensi yang dihasilkan bagi panggilan tersebut, atau dalam kes manusia, bunyi pertuturan. Kesemua aras sistem bunyi menyumbang kepada kesensitifan ke arah frekuensi tertentu, daripada ciri-ciri fizikal telinga luar kepada saraf dan laluan yang menghantar denyutan saraf kepada bahagian bunyi pada otak.
Remove ads
Rujukan
Bibliografi
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
