Tajuk Subjek Perubatan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Tajuk Subjek Perubatan
Remove ads

Tajuk Subjek Perubatan (Inggeris: Medical Subject Headings; kependekannya: MeSH) merupakan perbendaharaan kata terkawal untuk tujuan mengindekskan rencana jurnal dan buku dalam sains hayat serta berfungsi sebagai sebuah tesaurus yang memudahkan pencarian. Dicipta dan dikemas kini oleh Perpustakaan Perubatan Negara Amerika Syarikat (NLM), ia menggunakan pangkalan data rencana MEDLINE/PubMed dan juga katalog pegangan buku NLM.

Fakta Segera Tajuk Subjek Perubatan Medical Subject Headings, Kandungan ...

MeSH diperkenalkan pada 1963 di mana versi cetakan tahunannya telah dihentikan sejak 2007 dan ia kini diperoleh melalui dalam talian sahaja. Ia boleh dilayari dan dimuat turun secara percuma melalui PubMed. Pada asalnya MesH adalah dalam bahasa Inggeris dan ia telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa lain dan membenarkan dapatan semula dokumen daripada bahasa yang berbeza.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads