Caesar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kaisar (Jawi: قيصر[1] serapan Arab: قَيْصَر)[2] gelaran yang digunakan banyak takhta maharaja seberapa kerajaan dunia zaman-berzaman. Ia mula-mula dari nama Caesar (disebut [ˈkaːjzar]) iaitu gelaran (cognomen) gunaan Gaius Julius, seorang bangsawan yang mengambil alih Republik Rom sebagai seorang "pengarah abadi" (dictator perpetuo) pada tahun 44 Sebelum Masihi; beliau mendapat nama Caesar ini sebagai cicit keturunan Sextus Julius Caesar, seorang pegawai.[3] Gelaran Caesar sebagai pangkat untuk seseorang penguasa bertahan sampai ke empayar Byzantium terserap dalam bahasa Yunani (Καῖσαρ Kaisar) gunaan kerajaan ini mula-mula untuk pewaris takhta Maharajanya sebelum beralih kepada putera kedua dan ketiga sejak zaman Theodosios I sambil digantikan gelaran raja muda ini dengan Αὔγουστος aúgoustos[4][5] yang setaraf "raja se-takhta".[6][7]
Gelaran Καῖσαρ Kaisar ini dikenali warga Parsi Sasaniyah di tanah Iran (Parsi: قیصر روم, rumi: Qaysar-i Rum[nota 1])[8][9] dan orang Arab serata Timur Tengah menerus kepada kerajaan-kerajaan Islam yang akhirnya memuncak dengan penaklukan kota Kustantiniyah dari tangan Byzantium oleh balatentera Sultan Muhammad al-Fatih yang mengekalkan gelaran ini (dalam bahasa Turki Uthmaniyah: قيصر Kayser); dari titik inilah gelaran ini terserap ke dalam persuratan bahasa Melayu melalui pengaruh dunia Islam.
Remove ads
Nota
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads