Caliph Buskers

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Caliph Buskers ialah sebuah kumpulan muzik Malaysia yang berstatus kumpulan muzik orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan.[1] Kumpulan ini ditubuhkan pada 2014 dengan barisan ahli kumpulan terdiri daripada Zaki Ismail (gitar bes), Fendy Adlun (dram), Nirwan Zainalabidin (gitar), Khairul Azmi Saat (vokal, papan nada) dan Nadira Rubiana (pengocok). Bermula dengan mencipta nama sebagai penyanyi jalanan di sekitar ibu kota,[2][3] Caliph Buskers pertama kali mendapat perhatian umum sebaik sahaja membuat kemunculan pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) dengan menyanyikan lagu "Romancinta" nyanyian asal kumpulan Mojo, sekaligus muncul sebagai pemenang trofi Persembahan Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.[4][5][6]

Fakta Segera Genre, Tahun aktif ...

Fendy Adlun meninggalkan Caliph Busker pada Mei 2024 susulan salah paham yang berlaku di antara ahli kumpulan. [7]

Remove ads

Sejarah

Sebelum pembabitan kumpulan Caliph Busker di dalam industri muzik tanah air, kumpulan ini dikenali sebagai Blackout. Ahli kumpulan Blackout terdiri dari 6 orang dan merupakan Orang Kurang Upaya yang berasal dari Persatuan Orang Buta Malaysia. Kumpulan ini telah menyertai program Hajat yang dihoskan oleh Man Raja Lawak dan disiarkan di Astro Prima. Pada permulaannya, Chiko seorang tukang urut di Rose Beauty telah berhajat mahu mendengar lagu sendiri di dalam radio, dan hajat nya telah dipilih oleh pihak penerbit.

Remove ads

Ahli kumpulan

  • Zaki Ismail (Gitar bes)
  • Nirwan Zainalabidin (Gitar)
  • Khairul Azmi Saat (Vocal, papan nada)
  • Nadira Rubiana (Pengocok)

Bekas Ahli Kumpulan

  • Chiko
  • Fendy Abdullah (Dram)

Diskografi

Single

  • "Hanya Namamu" (2015)
  • "Kaulah Dia" (2016)
  • "Buta (feat. Faizal Tahir)" (2017)
  • "Hanya Mimpi" (2018)
  • "Manusia" (2019)

Anugerah

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads