Caravel

From Wikipedia, the free encyclopedia

Caravel
Remove ads

Kerabil (Portugis: caravela pinjaman Itali: caravella turunan Latin Pertengahan carăbu "perahu" serapan lanjut Yunani Purba κάραβος[2]) ialah sejenis kapal layar kecil dan mudah dikendalikan. Ia mula digunakan pada kurun ke-15 oleh orang Portugis bagi berlayar dan menjelajah pantai Afrika Barat dan Lautan Atlantik.

Thumb
Sebuah kapal caravel milik Portugal. Kapal ini merupakan sebuah model standard yang digunakan oleh Portugal dalam penjelajahan pelayaran mereka. Ia boleh memuatkan kira-kira 20 orang kelasi.[1]

Layar-layar kapal kerabil yang berbentuk mirip pada jenis lateen berupaya menggerakkan badan kapal menyongsong angin dan meluncur di pesisiran menuju muara sungai dengan lajunya. Ia banyak digunakan oleh para pelayar empayar Portugis menjelajah lautan pada kurun-kurun ke-15 dan ke-16 semasa Zaman Penemuan.[3]

Remove ads

Lihat juga

  • Kapal Zaman Pertengahan
  • Notorious - sebuah replika caravel yang telah dibina di Australia

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads