Castaway (lagu)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
|- ! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:
- B0C4DE;" | Senarai runut Rouge
|- | colspan="3" |
| "Castaway" (Trek 1) |
"Blank Marquee" (Trek 2) |

"Castaway" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh Yuna menampilkan penyanyi rap Amerika Syarikat, Tyler, the Creator.[1][2] Ia dikeluarkan sebagai single kelima Yuna pada 16 Oktober 2019 dan dimuatkan sebagai lagu pembukaan untuk album antarabangsa keempat beliau, Rouge. Seperti kebanyakan lagu-lagu di dalam Rouge, "Castaway" diterbitkan oleh bekas ahli Rhye, Robin Hannibal. Ia merupakan lagu yang berentak jazz-pop dengan bunyi vokal R&B.[3]
Remove ads
Penerbitan
"Castaway" mengisahkan tentang kisah di sebalik kejayaan Yuna sebagai penyanyi di Amerika Syarikat. Ia bermula apabila beliau bertemu dengan penyanyi Tyler, The Creator di tepi jalan ketika sedang memakan ais krim, pertemuan mereka sekaligus membuahkan hasil. Dalam satu video yang dimuat naik di YouTube, Yuna menceritakan kisah di sebalik lagu tersebut.[4][5]
"Saya tidak membuat cerita. Memang menakjubkan bagaimana perkara begini boleh berlaku. Saya memang mahu berkolaborasi dengan Tyler,"[4]
Yuna berkata beliau sudah menghubungi Tyler sebanyak beberapa kali tetapi tidak berjaya, kerana Tyler sibuk dengan projek lain.[4] Dalam temuramah bersama Kosmo!, Yuna menjelaskan beliau berasa senang bekerja dengan Tyler: "Hampir 90 peratus lagu kolaborasi dalam album ini dirakamkan secara berasingan. Begitu juga lagu yang dibikin dengan Tyler. Jadi, apabila "Castaway" disiapkan, secara automatik saya terfikirkannya. Saya sangat menghargai kerjasama ini kerana Tyler sendiri sedang sibuk pada waktu itu untuk menyelesaikan projeknya. Namun, dia tetap meluangkan masa untuk saya". Yuna menyifatkan "Castaway" sebagai sebuah lagu yang begitu dekat dengannya.[6]
Remove ads
Muzik video
Muzik video rasmi untuk "Castaway" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Yuna pada hari keluarannya. Ia difilemkan di sebuah rumah usang dan diarahkan oleh suami Yuna, Adam Sinclair.[7]
Ulasan kritis
Dalam ulasan retrospektif untuk PopMatters, Adriane Pontecorvo menyifatkan lagu ini "bergerak dari momentum rentak funk."[8] Skylar de Paul dari The Daily Californian dalam ulasannya berkata: ""Castaway" bermula dengan seksyen rentetan gelombang impian elegan. Selepas peralihan yang lancar ke dalam kelembutan yang lembut, bunyi Yuna membawa bisikan analog kembali."[9] Kelly Tucker dari MXDWN menyifatkan "Castaway" sebagai karya "yang penuh jiwa dan mendalam".[10]
Format dan senarai runut
- Muat turun digital[11]
- "Castaway" – 4:29
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads