CentOS
Edaran Linux berdasarkan Red Hat Enterprise Linux From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
CentOS (nama panjang: Community Enterprise Operating System, juga dikenali dengan nama CentOS Linux)[3] ialah salah satu daripada edaran Linux yang telah ditamatkan, menawarkan platform pengkomputeran disokong komuniti yang percuma dan bersumberkan bebas, memiliki fungsi yang serasi dengan sumber asalnya, Red Hat Enterprise Linux (RHEL)[4]. Pada bulan Januari 2014, CentOS mengumumkan penyertaan rasmi di bawah Red Hat tetapi kekal berkecuali dengan RHEL[5] di bawah pengurusan pentadbiran CentOS yang baru[6].
Keluaran CentOS pertama ialah pada bulan Mei 2004, dikeluarkan sebagai CentOS versi 2, merupakan cabang daripada RHEL versi 2.1AS. Semenjak versi 8, CentOS secara rasminya menyokong seni bina x86-64, ARM64, dan POWER8 manakala seni bina pemproses IA-32 disokong menerusi versi yang dikeluarkan sehingga CentOS versi 6. Sejak Disember 2015, keluaran AltArch untuk CentOS 7 menyokong seni bina IA-32, Power ISA dan varian ARMv7hl dan AArch64 di bawah seni bina ARM[7][8]. CentOS versi 8 dikeluarkan pada 24 September 2019.
Pada bulan Disember 2020, Red Hat secara mengejutnya mengumumkan pengguguran pembangunan CentOS[9][10] bagi meneruskan pembangunan CentOS Stream, edaran Linux di bawah RHEL[11]. Pada bulan Mei 2021, Gregory Kurtzer, salah seorang daripada pengasas CentOS membangunkan projek Rocky Linux sebagai misi lanjutan daripada objektif pembangunan CentOS[12].
Remove ads
Sejarah
CentOS pada mulanya dibina berasaskan kepada binaan CAOS Linux, edaran Linux berdasarkan RPM yang dimulakan oleh Gregory Kurtzer pada tahun 2002[13]. Pada bulan Jun 2006, David Parsley, pembangun utama yang membangunkan sistem pengendalian Tao Linux (sistem yang diklon berdasarkan RHEL) mengumumkan penamatan Tao Linux serta kemajuannya kepada pembangunan CentOS. Pengguna Tao Linux berpindah kepada edaran CentOS menerusi yum update[14].
Pada bulan Julai 2009, terdapat laporan di dalam surat terbuka yang dihantar melalui laman web Projek CentOS yang mengatakan bahawa salah seorang daripada pengasas CentOS, Lance Davis dikatakan menghilangkan diri pada tahun 2008[15]. Lance tidak lagi menyumbang kepada projek ini, namun kekal memiliki pegangan ke atas pendaftaran domain CentOS dan akaun PayPal[16]. Pada bulan Ogos 2009, pasukan CentOS dilaporkan telah menghubungi Lance dan mengambil kembali pegangan ke atas domain centos.info dan centos.org[17].
Pada bulan Julai 2010, CentOS melepasi sistem pengendalian Debian sebagai edaran Linux yang paling popular untuk kegunaan pelayan web, hampir 30% dalam kesemua pelayan web berasaskan Linux menggunakan CentOS[18]. Pada bulan Januari 2012, Debian kembali mendahului senarai[19].
Pada bulan Januari 2014, Red Hat mengumumkan bahawa mereka akan menaja Projek CentOS, selepas berlaku beberapa siri huru-hara dalam komuniti yang mendukung CentOS[20]. Menurut Red Hat, "mereka akan membantu mengembangkan platform yang sangat berguna kepada kepentingan pembangun bersumber terbuka yang mengintegrasikan teknologi dari dalam dan di sekeliling sistem pengendalian ini"[21]. Dengan pengumuman ini, pemilikan tanda dagangan CentOS akan dipindah milik kepada Red Hat serta memiliki sejumlah ketua pembangun CentOS. Walau bagaimanapun, mereka masih lagi berada di bawah pasukan Keterbukaan Sumber dan Piawaian Red Hat yang beroperasi secara berasingan daripada pasukan Red Hat Enterprise Linux. Lembaga tadbir urus CentOS yang baru juga telah dibentuk.
Pada 8 Disember 2020, pasukan Projek CentOS mengumumkan bahawa pembangunan sistem ini akan dihentikan pada penghujung tahun 2021 bagi memfokuskan kepada pembangunan sistem pengendalian CentOS Stream[22]. Pihak komuniti rata-rata tidak menerima pengumuman ini dengan baik. Sejurus selepas pengumuman ini, Gregory Kurtzer (salah seorang pengasas CentOS) mengumumkan projek baru bagi meneruskan legasi yang ditinggalkan sewaktu pembangunan CentOS sebelum diambil alih Red Hat, yang dikenali sebagai Rocky Linux[23].
Selain itu, dalam respon terhadap pemberhentian pengedaran CentOS ini, CloudLinux mengumumkan mereka akan membangunkan sistem pengendalian yang diberi nama AlmaLinux[24], yang dianggap sebagai pengganti spiritual kepada CentOS dengan sokongan komuniti. Versi stabil pertama AlmaLinux diterbitkan pada 30 Mac 2021, manakala versi stabil pertama Rocky Linux telah diterbitkan pada 21 Jun 2021.
Pada 11 Julai 2023, Red Hat mengumumkan tarikh akhir hayat (EOL) untuk CentOS 7 yang akan tamat pada 30 Jun 2024[25]. Selepas daripada tarikh itu, repositori CentOS akan ditutup dan tiada kemaskini dan versi baharu akan diterbitkan[26]. Sokongan terhadap CentOS 8 telah dihentikan terlebih dahulu pada 31 Disember 2021[27].
Remove ads
Keluaran dan versi

Pernomboran versi CentOS yang lebih terdahulu daripada versi 7 terdiri daripada dua bahagian iaitu versi utama dan versi kecil, yang berdasarkan kepada pernomboran bagi versi utama dan set kemaskini untuk Red Hat Enterprise Linux (RHEL) yang akan digunakan sebagai asas untuk pembangunan CentOS versi tertentu. Sebagai contoh, CentOS 6.5 dibina berdasarkan kepada pakej sumber RHEL versi 6 kemaskini 5 (atau dikenali sebagai RHEL versi 6.5)[28].
Bermula dengan versi 7, pernomboran versi CentOS kemudian memasukkan bahagian ketiga iaitu cop bulan di mana kod sumber itu diterbitkan. Sebagai contoh, versi CentOS dengan nombor 7.0-1406 masih lagi dipetakan kepada set kemaskini pertama untuk RHEL 7, dengan "1406" menunjukkan bulan Jun (06) dan tahun 2014 (14) di mana kod sumber terbaru diterbitkan. Penggunaan cop bulan membolehkan pemasangan imej boleh dilakukan semula untuk kemaskini container akan datang serta awan, dan pada masa yang sama imej yang dipasang itu masih lagi mengekalkan kesesuaian dan perhubungan dengan versi utama yang berkaitan.
Sejak pertengahan tahun 2006 dan bermula dengan RHEL versi 4.4, dikenali secara rasmi sebagai Red Hat Enterprise Linux 4.0 Update 4, Red Hat mula menggunakan corak versi dan nama yang serupa dengan apa yang digunakan oleh CentOS (sebagai contoh, RHEL 4.5 atau RHEL 6.5)[29].
Pada 10 September 2019, CentOS menangguhkan kerja-kerja berkaitan pembangunan CentOS 8.1 bagi meneruskan kerja-kerja CentOS 7.7 oleh kerana CentOS 7.x telah berada dalam fasa pengeluaran dan CentOS 8.x masih lagi dalam pembangunan dalaman. Selepas CentOS 7.7 dikeluarkan secara rasmi, sumber yang berkaitan telah dipindah kembali untuk kerja-kerja CentOS 8.
Pada 24 September 2019, CentOS secara rasminya mengeluarkan CentOS versi 8.0.
Jadual penamatan sokongan
Menurut jangka hayat Red Hat Enterprise Linux (RHEL)[30], sokongan CentOS 5, 6 dan 7 akan dikekalkan sehingga 10 tahun kerana ia dibangunkan berasaskan RHEL[31]. Sebelum itu, CentOS 4 telah disokong selama tujuh tahun[32].
Versi lama
CentOS versi 7
CentOS versi 8
Keluaran AltArch
Keluaran AltArch ialah versi yang diterbitkan oleh Kumpulan Minat Khusus (SIG) Seni Bina Alternatif (Alternative Architecture) bagi menyokong seni bina pemproses yang tidak disokong oleh keluaran asas CentOS.
Remove ads
Sokongan seni bina
Sehingga versi 8, CentOS menyokong penuh pemasangan untuk seni bina pemproses dari jenis x86-64, POWER8 dan ARM 64-bit[154]. Manakala, seni bina pemproses berikut hanya disokong dalam versi-versi tertentu:
- IA-32 dalam semua varian, tidak disokong sejak CentOS 7.
- IA-32 tanpa Pemanjangan Alamat Fizikal (PAE), tidak disokong sejak CentOS 6.
- IA-64 (seni bina Intel Itanium), hanya disokong dalam CentOS 3 dan 4.
- PowerPC 32-bit (sistem Apple Macintosh dan PowerMac yang menggunakan pemproses PowerPC G3 atau G4), sokongan beta tersedia dalam CentOS 4.
- Sistem kerangka utama IBM (eServer zSeries dan S/390), tidak disokong sejak CentOS 5.
- Alpha, hanya disokong dalam CentOS 4.
- SPARC, sokongan beta hanya menerusi CentOS 4.
Sejak Disember 2015, CentOS 7 keluaran AltArch tersedia untuk seni bina pemproses ARM dari varian ARMv7hl dan AArch64 dan terdapat rancangan untuk menyokong varian lain dalam seni bina ARM. Sokongan ARM merupakan hasil daripada usaha komuniti yang dikoordinasi menerusi Kumpulan Minat Khusus AltArc[155]. CentOS 7 yang dikeluarkan AltArc juga tersedia untuk seni bina IA-32 dan Power ISA (cip POWER7 dan POWER8).
Versi CD nyata untuk CentOS tersedia menerusi laman mirror.centos.org. Manakala imej nyata USB boleh but untuk CentOS boleh dicipta secara manual atau dengan menggunakan program UNetbootin.
Imej CentOS juga terdapat dalam perkhidmatan awan Amazon EC2, dalam bentuk prasiap dan Amazon Machine Images (AMI)[156] yang telah diterbitkan.
Repositori

Terdapat tiga repositori utama, mengandungi pakej perisian yang membentuk pengedaran utama CentOS[157]:
base
: mengandungi pakej yang membentuk titik keluaran CentOS, dan dikemaskini apabila kemaskini yang betul diterbitkan secara rasmi dalam bentuk imej ISO.updates
: mengandungi pakej yang digunakan dalam keluaran berkaitan tampalan kerentanan, nyahpepijat atau kemaskini tambahan, diterbitkan sebagai kemaskini biasa dalam titik keluaran tersebut. Kemaskini tambahan dan nyahpepijat yang dikeluarkan dalam cara ini biasanya diterbitkan untuk sistem yang tidak serasi dengan keluaran dari repositoriCentOS-Fasttrack
[158].addons
: mengandungi pakej yang diperlukan untuk membina pakej-pakej yang membentuk edaran utama CentOS, namun tidak disediakan oleh edaran induk Linux iaitu RHEL[e].
Projek CentOS juga menawarkan beberapa repositori tambahan yang mengandungi pakej perisian yang tidak disediakan oleh repositori asal base
dan updates
. Repositori itu termasuklah[159]:
CentOS Extras
: mengandungi pakej yang menawarkan kefungsian tambahan tanpa mengakibatkan hilang keupayaan keserasian dengan edaran induk atau kemaskini komponen dasar.CentOSPlus
: mengandungi pakej yang melakukan naik taraf untuk beberapa komponen dasar CentOS, mengubah CentOS supaya ianya tidak kelihatan begitu sama dengan kandungan yang terdapat dalam edaran induk RHEL.CentOS-Testing
: sebagai destinasi ujian bagi pakej-pakej sebelum ianya dihantar keCentOSPlus
danCentOS Extras
. Pakej yang ditawarkan mungkin atau mungkin tidak menggantikan pakej teras CentOS dan ianya tidak dijamin untuk berfungsi dengan baik.CentOS-Fasttrack
: mengandungi fail nyahpepijat dan kemaskini tambahan yang diterbitkan dari masa ke semasa. Pakej diterbitkan dengan cara ini akan bertindak sebagai calon bagi penambahan di dalam keluaran akan datang[160].CR
(Continuous Release) : mengandungi pakej yang tersedia secara umum yang bakal diterbitkan untuk keluaran CentOS akan datang. Pakej-pakej ini disediakan bagi tujuan pengujian dan kemaskini tampalan, sehingga kemaskini rasmi diterbitkan dalam bentuk ISO[161].debuginfo
: mengandungi pakej dengan simbol penyahpepijatan yang dicipta apabila pakej utama telah dibina.contrib
: mengandungi pakej yang disumbang oleh pengguna CentOS yang tidak bertindan dengan mana-mana pakej edaran utama.Software Collections
: mengandungi perisian dengan versi yang lebih tinggi berbanding dengan edaran teras.
Remove ads
Nota tambahan
- "Langganan tambahan sokongan jangka hayat berterusan" tersedia untuk tempoh tiga tahun lagi (cth. sehingga 2015) Versi yang sepadan dengan RHEL telah dilanjutkan sokongan sehinga 30 November 2020.
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads