Changmin

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Shim Chang-min (Korea: 심창민; Hanja: 沈昌珉; lahir 18 Februari 1988), juga dikenal dengan nama panggung Max Changmin (최강창민최강창민; Choegang Changmin) atau hanya MAX, adalah seorang penyanyi Korea Selatan, pelakon dan ahli pop duo TVXQ. Lahir dan dibesarkan di Seoul, Korea Selatan, Changmin dijumpai oleh agen pencari bakat dari SM Entertainment ketika berumur empat belas tahun. Dia membuat debut sebagai anggota termuda dalam TVXQ pada bulan Disember 2003.[1]

Fasih dalam bahasa Korea dan Jepun, Changmin telah mencapai kejayaan komersial di seluruh Asia sebagai ahli TVXQ. Dia juga telah membintangi beberapa drama.

Remove ads

Kehidupan awal

Changmin dilahirkan dan dibesarkan di Seoul, Korea Selatan kepada keluarga Buddha. Beliau mempunyai dua adik perempuan, dan kedua ibu bapanya adalah guru. Ketika beliau berumur empat belas tahun, seorang pencari bakat dari SM Entertainment melihat Changmin menyanyi dan bermain badminton pada masa yang sama semasa dalam kelas gim. Pencari bakat menyarankan beliau menghadiri ujibakat untuk S. M., tetapi Changmin tidak tertarik untuk menjadi seorang penyanyi. Ibunya, yang ingin sekali bertemu BoA,[2] menggesa Changmin untuk menghadiri ujibakat juga. Tiga hari setelah ujibakat, S. M. memanggil Changmin untuk ujibakat kedua, dimana beliau berjaya melepasinya. Setelah memenangi Penyanyi Terbaik dan anugerah Artis Terbaik di Pertandingan Remaja Tahunan Ke-6 anjuran S.M. Entertainment, Changmin menandatangani kontrak dengan syarikat tersebut.[3]

Remove ads

Kerjaya Muzik

TVXQ

Barisan ahli sah untuk TVXQ terdiri dari Changmin, U-Know Yunho, Kim Jaejoong, Park Yoo-chun, dan Kim Jun-su. Kumpulan ini secara rasmi debut pada 26 Disember 2003 dalam pertunjukan BoA dan Britney Spears. Mereka mempersembahkan single debut bertajuk "Hug", yang menjadi hit di Korea Selatan. TVXQ telah melancarkan album-album nombor satu di Korea sejak album studio kedua mereka Rising Sun (2005), yang juga album yang memberikan mereka anugerah Daesang (대상) mereka yang pertama, atau Anugerah Utama, di Mnet KM Music Festival. Album Korea yang keempat Mirotic (2008) adalah Album Terbaik pada Festival Muzik Mnet KM 2008 dan Anugerah Golden Disc 2008. Album ini menampilkan lagu mereka yang amat dikenali dan single yang paling laris, "Mirotic."

Pada tahun 2005, TVXQ debut di Jepun dengan single "Stay With Me Tonight" yang mencapai kedudukan ke-37 dalam Carta Single Oricon pada masa pelancaran. Mereka menyambar single nombor satu buat pertama kali di Jepun dengan "Purple Line" (2008). Album Jepun keempat mereka berjudul The Secret Code merekodkan penjualan platinum untuk single "Dōshite Kimi o Suki ni Natte Shimattandarō?" dan "Share The World" (2009), lagu tema untuk animasi One Piece.

TVXQ telah terlibat dalam kes undang-undang dimana ahli Jaejoong, Yoochun dan Junsu mengemukakan injunksi terhadap agensi mereka pada Julai 2009. Ini telah membawa kepada perpecahan kumpulan dimana mereka bertiga meninggalkan TVXQ yang menerima publisiti meluas pada tahun 2010. Setahun kemudian, Changmin dan Yunho kembali sebagai duo, melancarkan album-album di Korea Selatan dan Jepun. Sebagai duo, TVXQ telah meletakkan tanda aras untuk rekod jualan album dan rekod kedatangan konsert di Jepun, menjadi artis luar negara yang paling laris dan kutipan tertinggi di Jepun.[4]

S. M. The Ballad dan karier solo

Pada tahun 2014, Changmin menyertai kumpulan balada S.M. the Ballad, sebuah projek kecil yang menggabungkan semua penyanyi S.M. Entertainment yang mempunyai vokal yang hebat yang memfokuskan pada genre balada, pada mulanya dibentuk oleh S.M. Entertainment pada 2010. Dalam album kedua kumpulan ini berjudul Breath, beliau menyanyikan versi Jepun untuk lagu "Breath" bersama Krystal Jung, ahli kumpulan f(x).[5]

Changmin melancarkan album solo Jepun pertama berjudul Close To You pada 18 November 2015, satu hari sebelum beliau menyertai khidmat tentera. Lagu utama adalah sebuah lagu balada berjudul "Into The Water", diantara enam lagu lain. Dipakejkan bersama sebuah DVD yang mengandungi sebuah muzik video dan klip-klip belakang tabir, album ini merupakan edisi terhad dan hanya terbuka untuk ahli kelab peminat Jepun mereka, Bigeast.[6]

Remove ads

Televisyen dan karier lakonan

Changmin debut dalam bidang lakonan bersama-sama ahli TVXQ dalam mini drama berjudul Vacation, dimana tayangan perdananya ditayang di auditorium utama di Universiti Yonsei. Beliau juga menyertai beberapa episod dalam Banjun Drama, sebuah mini drama popular yang bersiaran di rangkaian SBS.[7][8]

Pada tahun 2010, Changmin tampil sebagai peranan jemputan dalam drama Athena: Goddess of War, sebagai pakar letupan dari NIS.[9]

Pada tahun 2011, Changmin memainkan peranan utama buat pertama kali dalam drama komedi romantik bertajuk Paradise Ranch berganding dengan Lee Yeon-hee. Beliau juga menggunakan suara beliau sendiri dalam versi Jepun untuk drama yang sama.[10]

Pada tahun 2012, Changmin debut di layar perak dalam filem Jepun Fly With The Gold berdasarkan novel oleh Takamura Kaoru. Beliau memainkan peranan Momo, seorang perisik Korea Utara yang menyamar sebagai pelajar kejuruteraan.[11][12] Beliau telah dipuji untuk dialek Osaka yang fasih dalam filem tersebut oleh pengarah Izutsu Kazuyuki.[13] Changmin telah dicalonkan untuk Anugerah Pendatang Baru dalam Anugerah Filem Hochi ke-37 (Hochi Film Awards) yang berprestij, menjadi artis Korea pertama untuk dicalonkan dalam kategori tersebut. Pada 21 Januari 2013, Changmin diumumkan telah memenangi Anugerah Pendatang Baru dalam Anugerah Akademi Jepun ke-36 (36th Japanese Academy Award).[14]

Pada tahun 2013, Changmin menjadi pengacara bersama dengan Kang Ho-dong dalam rancangan hiburan terbitan KBS bertajuk Moonlight Prince. Ini merupakan pengalaman pertama beliau sebagai pengacara. Apabila rancangan ini berakhir dalam bulan Mac, beliau menyertai rancangan hiburan sukan Cool Kiz On The Block sebagai ahli tetap dan meninggalkan rancangan tersebut pada 2014.[15]

Pada tahun 2014, Changmin membintangi mini drama empat episod terbitan Mnet berjudul Mimi. Kemudian beliau membintangi drama fantasi sejarah Scholar Who Walks The Night sebagai Putera Mahkota Lee Yoon.[16]

Kesenian

Changmin diketahui untuk vokal tenornya yang tinggi, terutama sekali jeritan dan nota tinggi. Beliau juga aktif sebagai penulis lirik dan telah menulis untuk album TVXQ sendiri termasuk "Evergreen" (album Only Love) pada 2007, versi Korea untuk lagu "Love in the Ice" (album Mirotic), "Confession" (album Keep Your Head Down) dan "I Swear" (album Catch Me).[17][18]

Changmin juga telah menullis untuk kumpulan dan artis lain; seperti "Sleepless Night", trek dalam album ketiga SHINee Chapter 2. Why So Serious? - The Misconceptions of Me; dan "Ace", lagu utama dalam album solo pertama Taemin (SHINee) berjudul Ace; juga "My Thoughts,Your Memories", lagu dalam album solo pertama Kyuhyun (Super Junior) berjudul "At Gwanghwamun".

Remove ads

Kehidupan peribadi

Selain bahasa ibunda beliau, Changmin juga fasih dalam bahasa Jepun. Beliau tamat sekolah dari Sekolah Tinggi Gaepo pada 2006 dan diterima masuk ke Universiti Kyung Hee pada 2009, major dalam bidang muzik pasca modern. Pada 2011, beliau mengambil sarjana muda kedua dalam bidang Seni dan Filem di Universiti Konkuk. Beliau kemudian melanjutkan pengajian sarjana di Universiti Inha. Beliau juga mempunyai minat untuk menjadi jurugambar profesional dan merupakan pelajar kepada jurugambar Kim Young-joon.[perlu rujukan]

Kerja sukarela

Pada Januari 2008, Changmin menawarkan diri dengan ayahnya dalam pembersihan pantai di Taean, Korea Selatan berikutan tragedi tumpahan minyak terburuk dalam sejarah. Perjalanan beliau ke Taean dilakukan secara rahsia semasa rehat pendek dari aktiviti TVXQ sewaktu cuti tahun baru dan hanya diketahui umum apabila sukarelawan lain memuatnaik kehadiran beliau dalam sebuah laman peminat. Insiden ini kemudian disahkan oleh agen TVXQ.[19]

Khidmat tentera

Pada 7 Julai 2015, Changmin memohon untuk menyertai Polis Tentera untuk menunaikan tugas beliau sebagai warganegara Korea Selatan, iaitu khidmat tentera selama 2 tahun. Beliau dimasukkan ke Angkatan Tentera Republik Korea sebagai polis tentera pada 19 November 2015. Changmin menerima latihan asas selama lima minggu di Kem Latihan Tentera Chungnam Nonsan dan merupakan ketua untuk skuad beliau. Beliau tamat dan dilepaskan secara rasmi pada 18 Ogos 2017.[20][21]

Remove ads

Album

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran Album ...

Single

Maklumat lanjut Tahun, Lagu ...

Kredit Lirik

Maklumat lanjut Tahun, Lagu ...
Remove ads

Filmografi

Filem

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...

Siri televisyen

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...

Muzikal

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...
Remove ads

Anugerah

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads