Charles De Ketelaere

From Wikipedia, the free encyclopedia

Charles De Ketelaere
Remove ads

Charles De Ketelaere (lahir 10 Mac 2001) merupakan pemain bola sepak profesional Belgium yang kini beraksi untuk A.C. Milan dan pasukan kebangsaan Belgium.

Fakta Segera Maklumat peribadi, Tarikh lahir ...
Remove ads

Kerjaya kelab

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior Club Brugge pada 25 September 2019 dalam aksi Piala Belgium menentang Francs Borains.[1]

Pada 22 Oktober 2019, beliau melakukan penampilan sulungnya di kejohanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Paris Saint-Germain yang berakhir dengan kekalahan 0-5.[2] Pada 5 Februari 2020, beliau menjaringkan gol ketika menewaskan Zulte Waregem 2-1 sekali gus membantu pasukannya untuk layak ke perlawanan akhir Piala Belgium.[3]

Pada 20 Oktober 2020, De Ketelaere menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit ke-93 untuk melakar kemenangan ke atas Zenit St. Petersburg 2–1 dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA 2020-21.[4]

Remove ads

Kerjaya antarabangsa

Beliau telah dipanggil oleh pasukan senior Belgium pada November 2020 dan melakukan kemunculan sulungnya ketika menentang Switzerland.[5]

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 18 Februari 2021.[6]
Maklumat lanjut Kelab, Musim ...
  1. Enam penampilan di Liga Juara-Juara UEFA, dua penampilan di Liga Europa UEFA.
  2. Enam penampilan dan dua gol di Liga Juara-Juara UEFA, satu penampilan di Liga Europa UEFA.

Antarabangsa

Sehingga 11 November 2020.
Maklumat lanjut Pasukan kebangsaan Belgium, Tahun ...

Pencapaian

Club Brugge
  • Divisyen A Pertama Belgium: 2019–20,[7] 2020–21
Individu
  • Pemain Muda Berbakat Belgium: 2020[8]

Catatan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads