Charlton Heston

From Wikipedia, the free encyclopedia

Charlton Heston
Remove ads

Charlton Heston[1][1][2] (nama lahir John Charles Carter; 4 Oktober 1923 – 5 April 2008) ialah seorang pelakon dan aktivis dari Amerika Syarikat.[3] Beliau tampil dalam hampir 100 buah filem sepanjang 60 tahun berkerjaya memainkan lakonanyang dilihat hebat unggul.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...

Beliau juga merupakan seorang penggiat politik yang pernah memihak kepada dua-dua parti Demokrat dan Republikan yang utama di negaranya memperjuangkan pelbagai dasar dari hak awam seluruh kaum sehinggalah ke hak bersenjata; beliau menjawat sebagai Presiden National Rifle Association dari 1998 sehinggalah persaraannya tidak lama selepas menghidap penyakit Alzheimer tahun 2003.[4]

Remove ads

Awal hidup

John Charles Carter[5] lahir pada 4 Oktober 4, 1923, in Wilmette, Illinois;[6] beliau dalam tiga adik-beradik kepada Lilla (née Baines; 18991994) dan Russell Whitford Carter (18971966), seorang pengurus kilang.[7][8] Beliau keturunan kacukan orang Scotland serta orang Inggeris yang berhijrah ke benua Amerika pada abad ke-17,[9][10][11][12][13] nenek sebelah ibunya Marian Emily Charlton, lahir di Kanada tahun 1872.[14]

Keluarganya berpindah mengikuti pekerjaan ayahnya ke bandar St. Helen berdekatan belantara Michigan ketika Heston masih kecil.[15][16] Kemahiran lakonan Heston mula dijinakkan dari pengalamannya melakonkan watak-watak buku-buku dibacanya semasa memburu dan memancing di sana.[17]

Ibu bapanya bercerai ketika beliau berusia 10 tahun dan mereka berpindah kembali ke Wilmette setelah ibunya berkahwin baru. Heston bersekolah di New Trier High School[18] - di sanalah beliau terlibat dalam panitia bidang drama sekolah tersebut.

Remove ads

Zaman muda - pendidikan dan penceburan lakonan

Beliau meneruskan pengajiannya di Winnetka Community Theatre (atau dahulunya Winnetka Dramatist's Guild) sebelum mendapat biasiswa ke Northwestern University.[19][20] dari 1941 hingga 1943.[19] Beliau berkenalan dengan Lydia Marie Clarke di mana mereka berkahwin tahun 1944.

Semasa Perang Dunia Kedua

Beliau memasuki Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat semasa meletusnya Perang Dunia Kedua sebagai seorang pengendali radio dan penembak udara B-25 Mitchell dalam 77th Bombardment Squadron Eleventh Air Force di Kepulauan Aleut, Alaska.[21][22]

Remove ads

Kerjaya lakonan

Penggiatan aktivisme

Filemografi

Bibliografi

Remove ads

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads