Chicken Run

From Wikipedia, the free encyclopedia

Chicken Run
Remove ads

Chicken Run adalah filem animasi gerak henti United Kingdom tahun 2000 yang dibuat studio Aardman Animations sebagai produksi bersama DreamWorks Animation dan Pathé. Ia filem cetera pertama studio ini arahan dan nukilan bersama Peter Lord dan Nick Park berdasarkan lakon layar karangan Karey Kirkpatrick.[5]

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...

Filem ini filem animasi gerak pegun paling laris sepanjang zaman dengan kutipan panggung sebanyak USD224 juta.[6]

Remove ads

Jalan cerita

Di sebuah ladang terletak di Yorkshire, England pada tahun 1959, filem ini berkisarkan sekumpulan ayam yang cuba melarikan diri apabila pemilik mereka memutuskan untuk berpindah dari menjual telur kepada menjual pai ayam.

Barisan pelakon suara

  • Julia Sawalha sebagai Ginger, seekor ayam yang bijak dan tajam akal berbanding rakan serebannya.
  • Jane Horrocks sebagai Babs, ayam paling gempal dan agak lurus perwatakannya.
  • Imelda Staunton sebagai Bunty, ayam yang paling banyak bertelur dan agak sangsi dengan rancangan Ginger.
  • Lynn Ferguson sebagai Mac, pembantu dan kawan Ginger berbaka Scotland yang bijak.
  • Benjamin Whitrow sebagai Fowler, ayam jantan tua yang sering membebel mengenai pengalamannya sebagai maskot Royal Air Force.
  • Timothy Spall sebagai Nick, seekor tikus yang bekerjasama dengan Ginger menyeludup barangan untuk meloloskan diri.
  • Phil Daniels sebagai Fetcher, rakan sekerja Nick.
  • Mel Gibson sebagai Rocky, seekor ayam jantan baka Amerika Syarikat yang melarikan diri dari sarkas cuba melatih ayam-ayam ladang terbang melarikan diri.
  • Miranda Richardson sebagai Mrs. Tweedy, pemilik ladang ayam telur yang tamak dan mahu menjadikan ladangnya kilang pai apabila pungutan telur semakin lama semakin tidak memuaskan.
  • Tony Haygarth sebagai Mr. Tweedy, suami Mrs. Tweedy yang agak bodoh dan sering diherdik namun agak tajam pemerhatian.
Remove ads

Sekuel

Chicken Run: Dawn of the Nugget ialah 2023 gerak henti animasi komedi filem

Pada Januari 2022, tajuk untuk sekuel itu telah didedahkan sebagai Chicken Run: Dawn of the Nugget dan diumumkan untuk keluaran 2023 di Netflix.

Zachary Levi, Thandiwe Newton, Romesh Ranganathan and Daniel Mays telah didedahkan menggantikan Gibson, Sawalha, Spall dan Daniels sebagai suara Rocky, Ginger, Nick dan Fetcher; David Bradley akan menyuarakan Fowler kerana kematian Whitrow pada 2017, manakala Horrocks, Staunton dan Ferguson akan memainkan semula peranan mereka sebagai Babs, Bunty dan Mac.

Keluaran tayangan Netflixnya mengikuti tayangan perdana dunianya di Festival Filem London BFI ke-67 pada 14 Oktober 2023, yang juga akan menyaksikan tayangan pratonton berlangsung di pawagam UK pada masa yang sama.[7]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads