Chitral
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Chitral (Urdu: چترال, Khowar: چھترار; juga dikenali sebagai Chetrar) adalah ibu kota Daerah Chitral, terletak di tebing barat Sungai Kunar (juga dipanggil sungai Chitral), di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan. Pekan ini terletak di kaki Tirich Mir, puncak tertinggi Hindu Kush, yang berada di ketinggian 25,289 kaki (7,708 m) dari aras laut. Ia mempunyai penduduk seramai 20,000 orang. Ketinggian kawasan lembah adalah 3,700 kaki (1,100 m) dari aras laut.[1]
Remove ads
Populasi
Suku kaum utama adalah Khow yang bercakap dalam bahasa Khowar. Budaya di Chitral adalah Islam dan berbeza ketara dengan bandar-bandar di Pakistan dan juga daerah bersebelahan Gilgit. Wanita adalah hampir tidak kelihatan kecuali kepada saudara-mara lelaki dan wanita lain. Mereka mengelakkan berjalan-jalan di bandar, jadi lelaki atau kanak-kanak yang akan melakukan kebanyakan aktiviti membeli-belah. Terdapat juga jumlah kecil penduduk keturunan Nuristani, Tajik dan Uzbek yang kebanyakannya tiba dari Afghanistan bermusim untuk berdagang dan berniaga.
Remove ads
Iklim
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads