Cho Kuk
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Cho Kuk (Bahasa Korea: 조국, lahir 6 April 1965[1]) ialah pakar undang-undang, aktivis hak asasi manusia dan ahli politik Korea Selatan. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Kanan kepada Presiden untuk Hal Ehwal Awam[2] di bawah Kabinet Moon Jae-in dari 2017 hingga 2019. Pada 9 Ogos 2019, Presiden Moon Jae-in melantik beliau sebagai Menteri Keadilan,[3][4] menggantikan Park Sang-ki. Beliau dilantik secara rasmi pada 9 September.[5]
Remove ads
Kehidupan awal dan pendidikan
Cho dilahirkan di Daerah Barat di Busan[6][7] pada tahun 1965,[1] sebagai anak lelaki tertua kepada bekas Pengarah Institut Ungdong,[8] Cho Byun-hyun (meninggal dunia pada 2013),[8] dan isterinya dan pengarah semasa iaitu Park Jung-sook.[1][3][9] Beliau pernah bersekolah rendah di Sekolah Rendah Gooduck Busan, lalu pindah ke Seoul dan belajar di Sekolah Menengah Daeshin. Sesudah kembali ke Busan, beliau menuntut di Sekolah Tinggi Hyekwang.[7]
Cho mendapat Ijazah Sarjana Muda Kajian Undang-undang daripada Universiti Kebangsaan Seoul,[7][6][1] dan ijazah sarjana dari Universiti California, Berkeley di Amerika Syarikat.[7][1] Beliau juga seorang ulama melawat di Universiti Oxford[6] dan Universiti Leeds[6] di United Kingdom.
Cho pernah bekerja sebagai pensyarah kajian undang-undang di Universiti Ulsan[6] dari 1992[1] hingga 1994 dan juga dari 1999 hingga 2000,[2] lalu di Universiti Dongguk[6] dari 2000 hingga 2001,[2] dan juga lalu di Universiti Kebangsaan Seoul, di manakah beliau berkelulusan ijazah sarjana muda, dari 2001 hingga 2004.[2] Semasa di Universiti Kebangsaan Seoul, beliau dinaikkan pangkat dari pensyarah ke pensyarah kanan (2004-2009),[2] lalu profesor secara rasmi pada 2009.[2][7][10][11]
Remove ads
Kerjaya politik
Cho berminat dalam politik pada akhir 1980s tatkala menuntut di universiti.[1] Masa itu, beliau seorang ahli Liga Buruh Sosialis Korea Selatan,[1][3] bersama dengan Rhyu Si-min dan Eun Su-mi. Oleh itu, Cho ditahan polis atas pelanggaran Akta Keselamatan Nasional, dan dipilih sebagai tawanan hati nurani oleh Amnesty International.[1] Beliau lalu mengkritikkan Akta Keselamatan Nasional sebagai "anakronistik" di dalam bukunya berjudul Demi Kebebasan Hati Nurani dan Ideologi.[12]
Semenjak 2000-an, Cho menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti berkaitan dengan hak asasi manusia dan demokrasi. Beliau seorang bekas ahli Solidariti Penyertaan,[6][2] Jawatankuasa Penetapan Hukuman di Mahkamah Agung,[13][6] Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan,[6][2] dan lain-lain.
Cho tidak pernah memegang jawatan pilihan rakyat,[1] meskipun bekas Parti Demokratik[14] dan diikuti Parti Bersatu Demokratik[15] cadangkan beliau bertanding sebagai ahli Perhimpunan Kebangsaan di kawasan kedua Bundang.[1] Ada juga penjangkaan bahawa Cho bertanding sebagai Penguasa Pendidikan di Seoul dalam pilihan raya tempatan pada 2014, walaupun beliau menafikannya.[16][1] Beliau tidak bertanding lagi sebagai datuk bandar Busan dalam pilihan raya tempatan pada 2018, biarpun dijangka oleh ramai-ramai.[1]
Setiausaha Kanan kepada Presiden untuk Hal Ehwal Awam, 2017-2019

Pada 11 Mei 2017, keesokan hari Moon Jae-in bermula jawatan Presidennya, Cho dilantik sebagai Setiausaha Kanan kepada Presiden untuk Hal Ehwal Awam.[17][1] Beliau salah seorang sebagai bukan pendakwa raya memegang jawatan tersebut.[17][18] Beliau berjanji menyiasat Skandal Choi Soon-shil dengan betul.[17] Pernyataan ini dialu-alukan sepenuhnya oleh Parti Nasional,[19] tetapi diselar oleh Parti Korea Kebebasan.[20][9]
Pada 31 Disember 2018, beliau menghadiri Jawatankuasa Pemandu Rumah Perhimpunan Kebangsaan.[1] Kehadiran mengejut ini diviralkan dalam masyarakat Korea Selatan kerana hal yang jarang berlaku sebelum ini.[1] Sebuah berita melaporkan bahawa penyokongan Presiden Moon cenderung setelah peristiwa itu.[21]
Beliau digantikan oleh Kim Joe-won pada 26 Julai 2019.[22]
Menteri Keadilan, 2019-
Pada 9 Ogos 2019, Cho dilantik sebagai Menteri Keadilan[3][4] menggantikan Park Sang-ki, oleh President Moon. Beliau memetik ungkapan Jeneral Lee Soon-shin dan berjanji reformasi politik.[4] Beliau akan menjawat secara rasmi sesudah pendengaran pengesahan.[3][4]
Beliau dilantik secara rasmi pada 9 September, meskipun terlibat dalam pelbagai kontroversi.[5]
Remove ads
Ideologi
Cho seorang yang liberal,[1] meskipun sering digelar sebagai "sayap kiri" oleh beberapa kuasa konservatif.[23][24][18] Mengenai dengan pemansuhan hukuman mati, beliau berkata, "Saya faham apa yang rakyat inginkan, tapi harus digantikan dengan penjara seumur hidup."[25] Beliau juga berkata, bahawa jenayah pengguguran bayi tidak semestinya menjadi isu berdebat.[26]
Untuk isu yang mengenai Konfederasi Kesatuan Sekerja Korea (KCTU), Cho menyatakan bahawa kerajaan bukan hanya untuk KCTU dan memenuhi permintaan mereka itu "mustahil".[27][28]
Kontroversi
Plagiarisme
Cho sering didakwa atas plagiarisme.[1][3][29] Pada Julai 2013, Song Pyung-in daripada Dong-a Ilbo dan penganalisis politik Byun Hui-jae menyatakan bahawa Cho meniru pelbagai tesis sewaktu menuntut di Universiti Kebangsaan Seoul pada 1989.[30][31] Menurutkan kata beliau, menghadapi masalah dengan petikan pada masa itu, walaupun "tak pasti sebab makin lama", tetapi lalu memohon maaf atas kritikan tersebut. Pada 26 Jun 2015, Universiti Kebangsaan Seoul menjawab dengan hal tersebut: beberapa isu ditemui, yang tidak terlalu serius.[32]
Beberapa bulan kemudian, kedua-dua penganalisis politik mengakui lagi yang Cho tetap meniru sewaktu di Berkeley pada 1997.[33][34] Mengenai kali ini, Profesor John Yoo berkata tidak perlu disemak semula,[35] dan Berkeley sendiri pula mengulas yang tiada penjelasan terhadap pendakwaan kedua insan itu.[36]
Kelewatan cukai
Cho juga diselar atas kelewatan cukai berkaitan dengan Institut Ungdong.[1][3] Dilaporkan bahawa beliau dan keluarga tidak membayar kos undang-undang selama 3 tahun.[1] Beliau yang menerima kenyataan itu telah membayar semua.[1][3]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Cho mengahwini Chung Kyung-shim, dan dikurniakan 1 anak lelaki dan 1 perempuan.[1] Sukan kegemarannya besbol, dan menjadikan diri sebagai peminat Lotte Giants.[1]
Penulisan
- Kod Jenayah Tanpa Kesaksamaan Jantina (1 Mac 2001)
- Demi Kebebasan Hati Nurani dan Ideologi (30 Ogos 2001)
- Pelacuran (1 Februari 2004)
- Peraturan Hearsay bagi Penjelasan Diambil Secara Haram (20 Mac 2005)
- Tawar-menawar ― Pengenalan Perancangan dan Kajian (2006)
- Liberal yang Memeriksa Sendiri (24 Mac 2008)
- Lagu Bonobo (Bagaimana untuk terus hidup sebagai manusia di Korea kapitalis rimba?) (11 Mei 2009)
- Kita Beritahu Kepadamu, Korea Selatan ― Negaraku (3 Januari 2011)
- Kenapa aku belajar undang-undang? (15 Jun 2014)
- Undang-undang Jenayah untuk Kawalan Kendiri (25 Disember 2014)
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads