Cirneco Etna
baka anjing dari Itali From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Cirneco Etna[a] ialah satu baka anjing pemburu dari pulau Sicilia di Laut Tengah. Ia dinamai sempena Gunung Berapi Etna di Sicilia timur. Ia mempunyai deria bau tajam dan digunakan untuk memburu buruan kecil, khususnya arnab.[2][3] Seperti banyak anjing pekerja, pendaftaran bersyarat pada kejayaan penyelesaian ujian kerja.[4]
Remove ads
Nama
Bahagian pertama nama baka ini, cirneco, diterbitkan daripada perkataan bahasa Latin cyrenaicus, yang berkaitan dengan Kyrenaika di Afrika Utara, dan dalam bahasa Itali moden digunakan untuk semua anjing pemburu kecil dari pulau-pulau Laut Tengah, termasuk Sicilia, Malta, dan Kepulauan Balear. Bahagian kedua berkaitan dengan kawasan Gunung Berapi Etna di Sicilia, tempat asalnya.[2]
Sejarah
Cirneco Etna ialah baka purba, yang disangkakan diturunkan daripada tesem dari Mesir Purba dan diperkenalkan ke lembangan Laut Tengah oleh orang Fenikia. Kehadirannya di Sicilia dibuktikan oleh gambarannya pada syiling, goresan, dan mozek yang bertarikh dari Sebelum Masihi.[2][3][5][4][6]
Kajian-kajian genetik tentang hubungan antara cirneco dengan baka-baka lain telah mengeluarkan hasil-hasil bercanggah: salah sebuah kajian mengesahkan kerapatannya dengan anjing pemburu firaun dari Malta dan anjing pemburu Ibiza dari Kepulauan Balear, namun juga menghubungkannya dengan anjing gunung Pyrénées;[7] sebuah lagi kajian mendapati bukti bagi aliran gen daripada podenco Canaria dari Kepulauan Canaria;[8] sebuah kajian genomik pada tahun 2021 mendapati bahawa ia paling berkait rapat dengan anjing pemburu firaun dan anjing pemburu Itali.[9]
Sebutan bersurat terawal bagi baka moden adalah daripada Maurizio Migneco, seorang doktor bedah veterinar dari Adrano di lereng Gunung Etna, yang menerbitkan pernyataan pada tahun 1897, yang dalamnya beliau mendakwa bahawa baka ini ialah keturunan langsung bagi serigala Sicilia.[10] Keterangan yang ditulis oleh beliau untuk Il Cacciatore Italiano pada tahun 1932 dilihat oleh wanita bangsawan Agata Paternó Castello, yang membeli sesetengah anjing berkenaan dan pada tahun 1934 mula membiakbakakan anjing-anjing itu.[5] Baka ini diiktiraf oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana pada tahun 1939, berdasarkan piawaian baka yang disusun oleh Giuseppe Solaro dari Torino.[5][11] Cirneco diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1956.[12] Ia merupakan baka jarang; pada tempoh dari tahun 2010 hingga tahun 2018, pendaftaran baharu di Itali berangka sekitar antara 100 dengan 150 setiap tahun.[4] Pendaftaran baka bersyarat pada kejayaan penyelesaian ujian kerja, dalam hal ini, ujian lapangan spesifik.[4][13]
Remove ads
Bacaan lanjut
- Perini, Francesco; Cardinali, Irene; Ceccobelli, Simone; Gruppetta, Anthony; San José Marqués, Carlos; Cosenza, Mario; Musso, Nicolò; Martinez Martinez, Amparo; Abushady, Asmaa Mohammed Aly; Monteagudo Ibáñez, Luis Vicente; Liotta, Luigi; Lancioni, Hovirag; Attard, George; Lasagna, Emiliano (14 Januari 2023). "Phylogeographic and population genetic structure of hound-like native dogs of the Mediterranean Basin" [Struktur filogeografi dan genetik populasi bagi anjing asli mirip hound dari Lembangan Laut Tengah]. Research in Veterinary Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 155: 103–114. doi:10.1016/j.rvsc.2023.01.010. hdl:11391/1549095. ISSN 1532-2661. PMID 36669378 Check
|pmid=
value (bantuan). S2CID 255923883 Check|s2cid=
value (bantuan).
Catatan
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads