Colin Firth

From Wikipedia, the free encyclopedia

Colin Firth
Remove ads

Colin Andrew Firth (lahir 10 September 1960) ialah seorang pelakon British.[1] Firth dilahirkan di Grayshott, Hampshire, England.[1] Beliau telah berlakon sejak tahun 1983. Beliau menjadi terkenal apabila beliau memainkan watak Fitzwilliam Darcy dalam Pride and Prejudice.[2] Beliau memainkan watak Mark Darcy dalam Bridget Jones's Diary dan sekuelnya Bridget Jones: The Edge of Reason. Beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik untuk peranannya sebagai Raja George VI dalam The King's Speech.[3] Firth juga telah menerima beberapa BAFTA dan Anugerah Screen Actors Guild. Firth juga seorang penulis dan aktivis politik.

Fakta Segera Colin Firth CBE, Kelahiran ...
Remove ads

Filemografi

Berikut adalah beberapa filemografi yang beliau pernah bintangi:

  • Another Country sebagai Tommy Judd (1984)
  • The Advocate sebagai Richard Courtois (1993)
  • A Single Man sebagai George (2009)
  • The King's Speech sebagai Raja George VI (2010)
  • Love Actually sebagai Jamie (2013)
  • Kingsman: The Secret Service sebagai Harry Hart / Galahad (2014)
  • Bridget Jones's Baby sebagai Mark (2016)
  • Kursk sebagai David Russell (2018) (dalam penggambaran)
Remove ads

Kempen

Beliau telah berkempen untuk hak-hak orang puak asli, dan adalah ahli Survival International. Firth juga telah berkempen mengenai isu-isu pencari suaka, hak pelarian, dan alam sekitar.[4]

Anugerah

Pada tahun 2011, Firth menerima bintang di Laluan Kemahsyuran Hollywood, dan juga dipilih sebagai salah satu Time 100.[5] Beliau telah dianugerahkan ijazah kehormat dari Universiti Winchester pada tahun 2007, dan telah membuat Freeman of the City of London pada tahun 2012. Beliau telah berkempen untuk hak-hak orang puak asli, dan adalah ahli Survival International.[4]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads