Costa Rica
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Costa Rica ialah sebuah negara di selatan Amerika Tengah, di antara Nicaragua dan Panama. Negara ini mempunyai pantai di sepanjang Lautan Pasifik dan Laut Caribbean. Costa Rica bermaksud "pantai yang kaya" dalam bahasa Sepanyol, dan dinamakan oleh Christopher Columbus dan penjelajah bersama beliau yang menjangkakan menemui emas di kawasan tersebut. Jangkaan mereka meleset dan Costa Rica menjadi jajahan termiskin Sepanyol. Keadaan bertambah baik selepas Costa Rica mencapai kemerdekaan pada tahun 1821. Hari ini negara ini dikenali sebagai negara yang mempunyai taraf kehidupan yang paling tinggi di Amerika Tengah serta kadar celik huruf dan jangka hayat tertinggi. Costa Rica adalah negara demokrasi yang stabil sejak akhir tahun 1800an.

Kebanyakan penduduknya berketurunan Sepanyol sementara penduduk asli Amerika meninggal dunia atau melarikan diri selepas peneroka Sepanyol tiba. Hari ini, Costa Rica mempunyai sejumlah kecil populasi mestizo (campuran Sepanyol dan kaum asli Amerika) dan orang kulit hitam.
Kebanyakan penduduknya tinggal di tanah tinggi pedalaman daripada di sepanjang pantai. Ibu negara Costa Rica ialah San José, dan beberapa bandar besar terletak di tanah tinggi tengah. Kebanyakan tanah pertanian subur juga terletak di situ.
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads