Crunchyroll
tapak web penstriman animasi Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Crunchyroll ialah perkhidmatan penstriman atas permintaan video atas permintaan yang dimiliki oleh Sony melalui usaha sama antara Sony Pictures dan Sony Music Entertainment Japan Aniplex. Syarikat itu memberi tumpuan kepada pengedaran, pengeluaran dan pelesenan anime dan dorama Jepun. Ditubuhkan pada tahun 2006 oleh sebuah kumpulan graduan Universiti California, Berkeley.[9] Saluran pengedaran dan program perkongsian Crunchyroll menyampaikan kandungan kepada 100 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia.[7] Crunchyroll merupakan anak syarikat Otter Media, dan syarikat itu pula ialah anak syarikat AT&T milik WarnerMedia.[10] Sony mengumumkan pada Disember 2020 bahawa anak syarikatnya Funimation akan mengambilalih Crunchyroll dari AT&T untuk anggaran AS$1.175 billion.[8] Crunchyroll mempunyai pejabat di San Francisco, Los Angeles, London, Barcelona, Vancouver, Chișinău dan Tokyo, dan merupakan ahli Persatuan Animasi Jepun (AJA).[11] "Crunchyroll Hime", juga dikenali sebagai "Hime", merupakan maskot rasmi Crunchyroll.[12]
Crunchyroll menawarkan lebih 1,000 rancangan anime,[11] lebih daripada 200 drama Asia Timur kepada pengguna, dan sekitar 80 judul manga sebagai Crunchyroll Manga, walaupun bukan semuanya tersedia di seluruh dunia disebabkan oleh sekatan pelesenan. Crunchyroll melepasi satu juta pelanggan berbayar pada Februari 2017,[11][13] dan mempunyai lebih 3 juta pelanggan berbayar setakat 2020[kemas kini].[7] Crunchyroll juga memilih beberapa anime untuk dikeluarkan dalam bentuk video rumah melalui rakan pengedarannya (Funimation, Sentai Filmworks, Viz Media, & Discotek Media di Amerika Utara, Anime Limited di United Kingdom).[14][15]
Remove ads
Anugerah Anime
Anugerah Anime (The Anime Awards), juga dikenali sebagai Anugerah Anime Crunchyroll, merupakan anugerah tahunan diberikan untuk mengiktiraf anime dari tahun sebelumnya. Anugerah ini telah diadakan buat kali pertama pada Januari 2017 dan kembali pada tahun 2018. Crunchyroll memilih 20 juri daripada latar belakang yang pelbagai untuk membuat senarai enam calon dalam setiap kategori. Senarai ini kemudiannya disediakan kepada orang ramai untuk undian dalam talian untuk memilih para pemenang.[16]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads