Curiosity
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Curiosity ialah sebuah perayau saiz kereta yang direka untuk menjelajah kawah Gale di Marikh sebahagian daripada misi Makmal Sains Marikh NASA (MSL).[3] Curiosity telah dilancarkan dari Tanjung Canaveral pada 26 November 2011, 15:02 UTC dan mendarat di Aeolis Palus di dalam Gale di Marikh pada 6 Ogos 2012, 05:17 UTC.[7][8][13] Tapak Pangkalan Bradbury kurang daripada 2.4 km (1.5 bt) dari pusat sasaran pendaratan perayau tersebut setelah berjalan sepanjang 560 juta km (350 juta bt).[9][14] Matlamat perayau termasuk penyiasatan iklim dan geologi Marikh; taksiran sama ada tapak medan yang dipilih di dalam Gale pertama sekali menawarkan keadaan persekitaran yang baik untuk kehidupan mikrob, termasuk penyiasatan peranan air; dan kajian kebolehdiaman planet dalam persiapan untuk penjelajahan manusia.[15][16]
Pada bulan Disember 2012, misi dua tahun Curiosity dilanjutkan bagi tempoh masa yang tidak terbatas,[17] dan pada 5 Ogos 2017, NASA menyambut ulang tahun kelima pendaratan perayau Curiosity.[18][19] Perayau tersebut masih dikendalikan, dan menjelang Disember 28, 2025, Curiosity telah berada di Marikh selama Templat:Curiosity Mission Timer sol (4892 jumlah hari) sejak mendarat pada 6 Ogos 2012. (Lihat status sekarang.)
Reka bentuk Curiosity digunakan sebagai asas bagi perayau Marikh 2020 yang dirancang, yang akan membawa alat saintifik yang berbeza.
Remove ads
Liputan, impak budaya dan legasi


Pada 6 Ogos 2013, Curiosity, dengan suara yang dapat didengar, memainkan melodi "Selamat Hari Jadi" bersempena menandakan tahun Bumi pertama pendaratan Marikhnya, kali pertama sesebuah lagu dimainkan di planet yang lain. Ini juga muzik pertama dipancar di antara dua planet.[21]
Remove ads
Imej
Potret diri
"Rocknest"
(Okt2012)
(Okt2012)
"JohnKlein"
(Mei2013)
(Mei2013)
"Windjana"
(Mei2014)
(Mei2014)
"Mojave"
(Jan2015)
(Jan2015)
"Buckskin"
(Ogo2015)
(Ogo2015)
"BigSky"
(Okt2015)
(Okt2015)
"Namib"
(Jan 2016)
(Jan 2016)
"Murray"
(Sep2016)
(Sep2016)
"VeraRubin"
(Jan2018)
(Jan2018)
"DustStorm"
(Jun2018)
(Jun2018)
"VeraRubin"
(Jan2019)
(Jan2019)
"Aberlady"
(Mei2019)
(Mei2019)
Lihat juga
- Astrobiologi
- Robot berautonomi
- Experience Curiosity
- Penjelajahan Marikh
- Pendarat InSight, 2018
- Kehidupan di Marikh
- Senarai misi ke Marikh
- Mars Express
- Mars Odyssey orbiter
- Mars Orbiter Mission
- Mars Pathfinder (perayau Sojourner)
- Mars Reconnaissance Orbiter
- Perayau Marikh 2020
- Perayau Opportunity
- Perayau Rosalind Franklin
- Perayau Spirit
- Garis masa Makmal Sains Marikh
- Progam Viking
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
