CyberConnect2

From Wikipedia, the free encyclopedia

CyberConnect2
Remove ads

CyberConnect2 Co., Ltd. (Bahasa Jepun: 株式会社サイバーコネクトツー, Kabushiki gaisha Saibā Konekuto Tsū) adalah sebuah studio pembangun permainan video dari Jepun yang dikenali dalam karya-karya siri permainan .hack bersama dengan siri permainan video pertempuran berdasarkan francais Naruto. Mereka juga dikenali dalam mencipta siri Little Tail Bronx (mis. Tail Concerto, Solatorobo: Red the Hunter, dan Little Tail Story). Mereka sebelum ini terlibat dalam membangunkan pembikinan semula Final Fantasy VII dalam kerjsama bersama Square Enix, tetapi meninggalkan projek itu (dengan alasan salah urus tadbir) untuk menyambung semula projek mereka sendiri dan mencari kerjasama yang lebih baik.[1] Pada tahun 2016, mereka mengembangkan tenaga kerja mereka ke pasaran antarabangsa dengan membuka sebuah studio di Montreal, Kanada.[2]

Fakta Segera Nama asli, Nama rumi ...
Remove ads

Sejarah

CyberConnect2 pertama kali ditubuhkan pada 16 Februari 1996 sebagai "CyberConnect," yang berpangkalan di Fukuoka, Jepun, tetapi pada 16 September 2001, ia dinamakan semula sebagai "CyberConnect2". Pada 3 Oktober 2007, CyberConnect2 menukar logo mereka dan memutuskan untuk memperluaskan pengeluaran mereka di luar permainan, bermula dengan pembentukan idea "Sensible Art Innovation" untuk mencipta .hack//G.U. Trilogy, sambil kumpulan muzik LieN (Chikayo Fukuda dan Tomoyo Mitani) untuk mencipta lagu.

CyberConnect2 membuka studio di Tokyo, Jepun pada tahun 2010, dan kemudian membuka studio antarabangsa pertamanya di Montreal, Kanada pada 2016.[3] Lokasi Fukuoka tetap menjadi cawangan induk syarikat.

CyberConnect2 telah ditugaskan untuk membangunkan Final Fantasy VII Remake, yang diterangkan dalam iklan pekerjaan Famitsu pada edisi Mac 2015, disifatkan oleh CyberConnect2 sebagai permainan berperanan foto-realistik yang disasarkan di pasaran antarabangsa yang dibina menggunakan Unreal Engine 4 yang melibatkan rendering berasaskan fizikal. Sehingga Mei 2017, ia telah disahkan bahawa Square Enix telah mengambil alih pembangunan Final Fantasy VII Remake sepenuhnya.

Remove ads

Projek akan datang

CyberConnect2 kini sedang menjalankan dua projek untuk konsol generasi semasa yang pertama adalah jenis dunia terbuka, dan yang kedua melibatkan realiti maya.[4]

Ia juga dinyatakan semasa siaran langsung di NicoNico bahawa CyberConnect2 akan mengumumkan "wawasan masa depan" mereka untuk syarikat itu, yang membawa mereka melalui dekad yang akan datang. Pengumuman ini akan mula muncul pada edisi 1 Februari 2018 dalam Famitsu Magazine.[5]

Remove ads

Senarai permainan video

Maklumat lanjut Tarikh keluaran, Tajuk ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads