Cyrillus dan Methodius

From Wikipedia, the free encyclopedia

Cyrillus dan Methodius
Remove ads

Cyrillus (Yunani: Κύριλλος Kyrillos, Bahasa Bulgaria: Кирил Kiril, Rusia: Кири́лл Kirill; nama lahir Constantinus, 826–869) dan Methodius (Yunani: Μεθόδιος Methódios, Bahasa Bulgaria: Методий Metodiy, Rusia: Мефодий Mefodiy; 815–885) adalah dua adik-beradik agamawan dan penginjil Kristian dari empayar Byzantium. Mereka dikenali kerana pekerjaan mereka menyebarkan agama Kristian dalam kalangan orang-orang Slav[6] terutamanya melalui penciptaan abjad Glagol untuk bahasa pengajaran khas, Bahasa Slav Gereja Lama;[7][8][9] abjad ini dikembangkan para pelajar didikan mereka selepas kematian mereka menjadi abjad Cyril sempena guru sulung yang kemudiannya digunakan untuk bahasa-bahasa Slav yang serumpun seperti bahasa Bulgaria, bahasa Rusia dan sebagainya.

Fakta Segera Cyril and Methodius, Lahir ...

Kedua-dua adik beradik ini disanjung Gereja Ortodoks Timur sebagai santo "setara hawari" (равноапостольный ravnoapostol'nyj). Pada tahun 1880, Paus Leo XIII selaku ketua Gereja Katolik mengiktiraf mereka berdua memasukkan perayaan mereka dalam takwim gerejanya. Pada tahun 1980, Paus Yohannes Paulus II mengisytiharkan mereka bersama Benedictus dari Nursia sebagai santo-santo penaung benua Eropah.[10]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads