Hulu Selangor

From Wikipedia, the free encyclopedia

Hulu Selangor
Remove ads

Hulu Selangor[4] ialah salah sebuah daerah yang terletak di utara negeri Selangor. Luasnya adalah 1,756 kilometer persegi dengan penduduk berjumlah lebih 243 ribu orang pada 2020. Daerah Hulu Selangor merupakan salah satu daerah di negeri Selangor. Hulu Selangor merupakan kawasan Hab Automotif Negara.

Fakta Segera Daerah Hulu Selangor Ulu Selangow, Negara ...

Daerah ini bersempadan dengan daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor di barat, Gombak di selatan, negeri Pahang di timur dan negeri Perak di utara.

Remove ads

Pentadbiran

Thumb
Peta daerah Hulu Selangor

Hulu Selangor mempunyai 13 mukim iaitu:

  1. Batang Kali
  2. Rasa
  3. Hulu Yam
  4. Ampang Pechah
  5. Serendah (mukim)
  6. Hulu Bernam
  7. Sungai Tinggi
  8. Sungai Gumut
  9. Peretak
  10. Kalumpang
  11. Kuala Kalumpang
  12. Buloh Telor
  13. Kerling

Berikut merupakan senarai bandar dan pekan yang terdapat di Hulu Selangor:

  1. Antara Gapi
  2. Batang Kali
  3. Bandar Kuala Kubu Bharu
  4. Bandar Hulu Bernam
  5. Bandar Rasa
  6. Pekan Hulu Yam Bharu
  7. Pekan Kerling
  8. Serendah
  9. Bukit Beruntung
  10. Bukit Sentosa
  11. Bandar Sungai Buaya
  12. Lembah Beringin
  13. Pekan Kalumpang
  14. Pekan Simpang Sungai Choh/Sungai Choh

Berikut merupakan 7 Pusat Bandar di Hulu Selangor :

Remove ads

Demografi

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Hulu Selangor ialah seramai 243,029 orang dengan kepadatan penduduk 139 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 74.9 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum India diikuti Cina. Sebanyak 4.4 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[5]

Jumlah penduduk lelaki 6.4 peratus lebih daripada penduduk wanita dengan nisbah jantina sebanyak 114. Terdapat 89,865 tempat kediaman dengan sebanyak 60,666 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 162 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 70 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 9 ribu orang merupakan warga tua.

Maklumat lanjut Kewarganegaraan, Kaum ...

Agama

Majoriti penduduk daerah ini beragama Islam iaitu sekitar 74.1 peratus dari keseluruhan penduduk. Penduduk bukan beragama Islam terdapat sekitar 26peratus, yang terbesar merupakan penganut Hindu sekitar 12.1 peratus diikuti Buddha sebanyak 10.2 peratus, Kristian sebanyak 1.9 peratus dan selebihnya (0.5 peratus) menganut agama yang lain. Penduduk tidak beragama pula sebanyak 1.1 peratus dari keseluruhan penduduk.[5]

Remove ads

Infrastruktur

Sekitar tahun 2020, terdapat banyak infrastruktur awam yang dibina di sekitar daerah ini terdiri daripada 69 industri pendidikan, sebuah hospital kerajaan, 20 balai polis, 2 balai bomba dan 4 stesen Keretapi. Dalam sektor perniagaan, terdapat sebanyak lapan hotel yang beroperasi, 255 buah restoran dan 117 kedai runcit di sekitar daerah.[5]

Politik

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Kawasan di dalam daerah Hulu Selangor ditadbir oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) yang dinaik taraf kepada perbandaran pada tahun 2021.

Ahli Parlimen

Ahli Dewan Negeri (ADN)

Pegawai Penyelaras

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads