Tasik Toba
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Danau Toba ialah tasik (atau "danau") yang terbesar di Indonesia, dengan 100 kilometer panjangnya serta 30 kilometer lebarnya. Terletak di tengah bahagian utara Sumatera, dengan aras permukaan setinggi lebih kurang 505 meter atau 1,657 kaki (menurut perhitungan Direktorat Polisi Air Baharkam Polri), tasik ini terbentang dari 2.88° U 98.52° T ke 2.35° U 99.1° T.


Remove ads
Geologi
Pada tahun 1949, Rein van Bemmelen, ahli geologi Belanda, melaporkan bahawa Danau Toba ialah sebuah kaldera gunung berapi yang besar yang dikelilingi oleh selapis batuan ignimbrit. Para penyelidik yang kemudian menemui debu riolit yang serupa dengan lapisan ignimbrit Danau Toba (kini dipanggil Tuf Toba Muda untuk membezakannya daripada lapisan-lapisan yang termendap oleh letupan-letupan dahulu) di Malaysia dan India, iaitu sehingga 3,000 kilometer jauhnya dari danau ini. Para ahli oseanografi menemui debu Toba yang memiliki ciri-ciri kimia tersendiri di dasar Lautan Hindi timur serta Teluk Benggala.
Remove ads
Penduduk
Kebanyakan penduduk di sekeliling Danau Toba adalah orang Batak. Rumah-rumah Batak tradisional dikenali oleh bumbung-bumbung tersendiri (yang melengkung ke atas pada setiap hujungnya, seolah-olah badan kapal) serta hiasan-hiasan yang berwarna-warni.
Lihat juga
- Bencana alam
- Senarai bencana
- Senarai gunung berapi di Indonesia
- Senarai tasik di Indonesia
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads