Deanna Yusoff

Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Deanna Yusoff (lahir 3 Januari 1967) merupakan seorang pelakon wanita berdarah kacukan Melayu-Switzerland dari Malaysia.[1] Deanna memulakan kerjaya hiburan profesionalnya pada 1990, dimana beliau menjadi perhatian media atas watak lakonannya sebagai Mastura dalam filem Selubung yang melayakkan beliau menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10.

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...

Deanna juga terkenal dengan dua watak lakonannya, Yasmin dan Zulaikha dalam drama Idaman (1998-2001). Beliau juga terkenal dengan perwatakkannya di sitkom popular Spanar Jaya dengan melakonkan watak Claudia. Selain itu, Deanna juga berbakat dalam bidang muzik dan telah menerbitkan dua album studio. Beliau mempunyai syarikat perniagaan sendiri, Artisanal Asia Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan yang diberi nama Grandjean iaitu coklat premium daripada Switzerland.

Remove ads

Kerjaya dan kehidupan awal

Deanna dilahirkan pada 3 Januari 1967 di London, England,[2] serta memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan dari sebuah universiti luar negara. Beliau juga berdarah kacukan Melayu di sebelah bapanya dan Switzerland di sebelah ibunya[3] dan mula mencapai kejayaan dalam bidang lakonan menerusi watak Mastura lakonannya dalam filem Selubung arahan Shuhaimi Baba, yang mengurniakan beliau anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10, ia kemudian diikuti oleh watak sebagai Farah Hanum dalam filem Abang 92 (1993).

Populariti beliau dalam bidang lakonan mula melonjak naik menerusi drama Idaman yang mencipta sejarah sebagai Drama Melayu Paling Terpanjang di Dunia oleh The Malaysia Book of Records, beliau memegang dua watak iaitu Yasmin dan Zulaikha; ia disiarkan di Astro Ria dari 1998 hingga 2001.[4][5] Deanna pernah berlakon bersama Jodie Foster dan Chow Yun-Fat dalam filem epik Amerika, Anna and the King arahan Andy Tennant, yang mana beliau memegang watak sebagai Ratu Thiang, filem ini turut dibintangi oleh Afdlin Shauki, Harith Iskander, Sean Ghazi dan Allahyarham Ramli Hassan.[6]

Deanna memulakan kerjayanya dalam bidang muzik pada 1995 menerusi album pertamanya Divide and Continue[2] dan lima tahun kemdian, beliau melancarkan album Fix di bawah syarikat rakaman Positive Tone.[7] Ia mengandungi sebanyak 13 lagu, dengan 10 daripadanya ditulis olehnya.[7] Selepas sekian lama tidak beraksi di layar lebar, Deanna muncul dalam filem Chermin yang dibintangi oleh Natasha Hudson, Khatijah Tan dan Farid Kamil yang ditayangkan pada 22 Mac 2007.[8] Beliau juga pernah terlibat dalam dua produksi Perancis, Un Homme En Collere (1999) dan Passeur d’enfants (2001).[2] Beliau kini menguruskan perniagaan jenama coklat dari Switzerland, Grandjean Freres.[9] Deanna memegang watak sebagai Cempaka Sulastri dalam filem seram Aku Haus Darahmu, yang ditayangkan pada 2 Februari 2017. Ia turut dibintangi oleh Nad Zainal dan Zoey Rahman.[10]

Kini Deanna menetap di Singapura sejak tahun 2012 dan masih aktif dunia seni namun selektif tawaran lakonan atas faktor usia dan fokus perniagaan

Remove ads

Kehidupan peribadi

Deanna masih bujang.[11][12] Dalam temuramah bersama mStar Online pada Mac 2012, beliau mendedahkan tidak pernah berasa takut untuk berumah tangga, namun belum menemui jodoh untuk bersuami,[11] beliau menjawab: "Saya seronok dengan kehidupan yang sedia ada, kerana perkahwinan bukanlah keutamaan saya,".[11]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Diskografi

Maklumat lanjut Tajuk, Maklumat album ...

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads