Delima

From Wikipedia, the free encyclopedia

Delima
Remove ads

Delima (Jawi: دليما , nama botani: Punica granatum)[4] merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil dalam keluarga Lythraceae. Ia berdaun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Tumbuhan ini berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba.

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...

Ia ditanam secara meluas di seluruh Timur Tengah dan Asia Selatan, bahagian-bahagian kering Asia Tenggara termasuk Semenanjung Malaysia, dan kawasan-kawasan tropika di benua Afrika.[5] Pokok delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh para peneroka Sepanyol pada tahun 1769; pokok delima kini ditanam di sebahagian kawasan California dan Arizona untuk pengeluaran jus.[6]

Remove ads

Etimologi

Perkataan "delima" menyerap daripada kata Sanskrit: दालिम dālima atau दाडिम dāḍima.[7]

Botani

Pokok delima renek, ia tumbuh setinggi 5–10 m. Daun-daun pokok disusun seling berhadapan dan para-hadapan. Helai daunnya kecil dan ringkas oblong sempit, panjangnya 3–7 sm dan lebarnya 2 sm. Ia mempunyai permukaan yang berkilat atau bersinar.[8] Sisi helai daun pula jenis menyeluruh.

Bunga pokok delima tumbuh dalam gugusan 5 hingga 7 kuntum di hujung ranting pokok.[8][5] Setiap kuntum bunga terdapat 4 hingga 5 kelopak berwarna merah cerah atau kuning dengan diameter 3–5 sm. Terdapat beberapa baka pokok delima yang ditanam hanya untuk menumbuhkan bunganya sahaja yang berwarna bunga merah cerah dan banyak kelopak seperti bunga kekwa. Pangkal ovarinya dibahagikan kecil mengandungi ovul-ovul.[9]

Buah

Thumb
Foto menunjukkan bahagian dalam buah delima

Buah delima lebarnya 5–12.5 sm, ukuran besarnya di antara besar buah lemon dan limau gedang. Ia mempunyai kulit tebal dan keras berwarna dari kuning, jingga, merah jambu hingga ke merah pekat; buah yang ranum berwarna merah.[5] Di Hemisfera Utara, pokok delima biasanya mula berbuah dari bulan September sehingga Februari,[10] manakala pokok-pokok yang ditanam di Hemisfera Selatan mula berbuah dari bulan Mac sehingga Mei.

Isi buah delima dibahagikan kepada ulas-ulas yang berdindingkan kulit (septum) dan padat dengan banyak butir dihasilkan daripada persenyawaan ovul-ovul asal.[9] Sebutir isi buah berbentuk heksagon, berkilat dan lutsinar dengan rasa yang manis. Jumlah butiran isi buah adalah antara 200 hingga 1400 biji, setiap satu buah mempunyai bilangan biji yang berbeza dan tidak serupa.[11] Butir-butir ini merupakan 52% berat keseluruhan buah delima.[5] Setiap satu butir dikelilingi isi selaput berjus berwarna merah dan lutsinar. Benih dalamnya juga rangup, seperti span putih dengan membran pedar.[12][13]

Remove ads

Penanaman

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, buah delima dilihat telah mencapai permintaan yang memberangsangkan khususnya untuk jualan dalam pasaran komersial di Amerika Utara dan Hemisfera Barat.[5][6]

Kultivar

Lebih daripada 500 kultivar pokok delima telah dinamakan, tetapi buah sedemikian terbukti memiliki banyak nama yang berlainan bagi genotaip yang sama, dinamakan merentasi pelbagai daerah di seluruh dunia.[14] Iran memiliki kepelbagaian genetik terbanyak bagi pokok delima dan lebih 760 genotaip Iran telah dikumpulkan dalam pengumpulan buah delima kebangsaan Iran di Yazd, Iran.

Beberapa ciri-ciri antara genotaip delima berbeza bagi mengenal pasti kecenderungan pembeli, kecenderungan kegunaan, dan penjualan, dan yang terpenting adalah saiz buah, warna kulit luar ("exocarp") (antara kuning kepada ungu, dengan kebiasannya merah jambu dan merah), warna isi selaput (antara putih kepada merah), kekerasan biji benih, kematangan, kandungan cecair dan keasidannya, kemanisan, dan kepedaran.[14]

Hubungan dengan manusia

Buah delima telah banyak diperihalkan dalam penulisan penting sepanjang zaman ketamadunan manusia baik dalam teks sastera seperti gita-gita Homeros mahupun dalam kitab-kitab keagamaan antaranya Kitab Keluaran dalam Perjanjian Lama dan Surah Ar-Rahman dalam Al-Quran.[15][16]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads