Delphi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Delphi (Greek: Δελφοί [ðelˈfi]),[a] ialah sebuah kawasan suci di Yunani dan merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia. Dahulu ia dipanggil Pytho (Πυθώ) dalam legenda dan merupakan kawasan suci purba dan tempat Pythia tinggal, ahli nujum besar yang dirujuk untuk keputusan-keputusan penting di seluruh dunia klasik purba. Orang Yunani purba percaya pusat dunia berada di Delphi, ditandai dengan monumen batu yang dikenali sebagai Omfalos Delphi (pusat perut).
Kawasan sucinya terletak di lereng barat daya Gunung Parnassus. Ia mempunyai tapak arkeologi yang berkaitan dengan Nujum Delphi. Sukan Pythia dahulu diadakan di Delphi. Antara khazanah seni Delphi ialah Pelumba Kereta Kuda Delphi.
Di sebelah kawasan suci Delphi ialah sebuah pekan moden dengan nama yang sama.

Remove ads
Nama
Delphi mempunyai akar yang sama dengan perkataan Yunani untuk rahim, δελφύς delphys.
Pytho (Πυθώ) berkaitan dengan Pythia, pendeta wanita yang berkhidmat sebagai ahli nujum, dan Python, seekor ular atau naga yang tinggal di tapak tersebut.[4] "Python" berasal daripada kata kerja πύθω (pythō),[5] "membusuk".[6]

Galeri
- Teater di Delphi
- Runtuhan teater di Delphi
- Batu bertindan
- Tebing Phaedriades
Nota kaki
- "Delphi" disebut delfi. Asal usul namanya dikatakan datang daripada Delphoi yang berkaitan dengan delphus, yang bermaksud "rahim", selari dengan batu omfalos di sana yang dianggap sebagai "pusat" alam semesta dan tapak tersebut dilihat sebagai pusat perut Bumi. Kaitannya dengan delphi atau "ikan lumba-lumba" adalah kebetulan, kerana rupa ikan lumba-lumba menyebabkannya dinamakan sempena rahim. Etimologi penuh ini boleh didapati dalam kajian Frisk.[1] Varian-varian inskripsi seperti Dalphoi, Dolphoi, Derphoi,[2] mungkin adalah dialek, terutamanya Dalphoi yang biasanya dianggap sebagai dialek Phocis, kerana orang Phocis bertutur dalam dialek Doria. Frisk menganggap varian-varian ini bukan bentuk asal tetapi perubahan yang muncul kemudian, termasuklah "a" Dalphoi yang seolah-olah menunjukkan ia berasal daripad adialek Doria. Mungkin ia daripada Phocus, tetapi pada asalnya ia bukan daripada Doria. Bentuk dialek sebenar, Belphoi dalam dialek Aeolia, bersama dengan Delphoi, tentu bentuk-bentuk refleks Zaman Gangsa *Gwelphoi, yang tidak mempunyai "a" asal. [3] Indo-Eropah Purbanya menurut Frisk ialah *gwelbh-u-, dengan tambahan -u-. Tanpa tambahan itu, tidak ada hubungan antara Delphoi dan delphus. Walau bagaimanapun, Frisk, seorang ahli kaji Indo-Eropah yang terkemuka, memetik beberapa persamaan antara -woi- dan -oi- dalam perkataan-perkataan lain. Bukti daripada mitologi menguatkan hipotesis beliau. Tanpa huruf *w*, Delphoi tidak berkaitan dengan Delphus, dan ia hanya nampak sahaja begitu. Etimologi ikan lumba-lumba adalah lebih standard.
Rujukan
Bibiliografi
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads