Demotik (Mesir)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Demotik (daripada Bahasa Yunani Kuno: δημοτικός, dēmotikós, 'popular') ialah sistem tulisan Mesir purba yang berasal daripada bentuk hieratik utara yang digunakan di Delta Nil. Istilah ini pertama kali digunakan oleh sejarawan Yunani Herodotus untuk membezakannya daripada tulisan hieratik dan hieroglif. Lazimnya, perkataan "Demotik" ditulis dengan huruf besar untuk membezakannya daripada bahasa Yunani demotik.
Remove ads
Sistem tulisan
Sistem tulisan Demotik dipanggil sš/sẖ n šꜥ.t oleh orang Mesir yang bermaksud "tulisan dokumen", yang sarjana abad kedua Clemens dari Iskandariah gelarkan ἐπιστολογραφική, "tulisan persuratan," manakala sarjana-sarjana Barat awal, terutamanya Thomas Young, dahulunya gelarkan "Mesir Enkorial" atau "Mesir Tempatan". Sistem itu digunakan selama lebih dari seribu tahun, dan dalam masa itu ia mengalami beberapa peringkat perkembangan. Ia ditulis dan dibaca dari kanan ke kiri, manakala hieroglif boleh ditulis dari atas ke bawah, kiri ke kanan, atau kanan ke kiri. Sebahagian daripada Papiris Ajaib Yunani Demotik ditulis dengan tulisan rahsia.[1]
Demotik Awal
Demotik Awal berkembang di Mesir Hilir semasa bahagian akhir Dinasti Kedua Puluh Lima, dijumpai terutamanya pada batu-batu bersurat dari Serapeum Saqqarah. Ia biasanya dipercayai berasal dari antara 650 dan 400 SM, kerana kebanyakan teks yang ditulis dalam Demotik Awal bertarikh dari Dinasti Kedua Puluh Enam dan pemerintahan berikutnya dipanggil kesatrapan Empayar Akhemeniyah, yang dikenali sebagai Dinasti Kedua Puluh Tujuh. Selepas Mesir disatukan semula oleh Psamtik I, Demotik menggantikan Hieratik Abnormal di Mesir Hulu semasa pemerintahan Amasis II, apabila ia menjadi sistem tulisan rasmi pentadbiran dan undang-undang. Dalam tempoh ini, Demotik hanya digunakan untuk teks pentadbiran, undang-undang dan komersial, manakala hieroglif dan hieratik dikhaskan untuk teks agama dan kesusasteraan.
Demotik Pertengahan (Ptolemaik).
Demotik Pertengahan (s. 400–30 SM) ialah peringkat tulisan yang digunakan semasa Kerajaan Ptolemy. Dari abad ke-4 SM dan seterusnya, Demotik mempunyai status yang lebih tinggi berdasarkan penggunaannya yang semakin banyak untuk teks sastera dan agama. Akhir abad ke-3 SM, Yunani Koine menjadi lebih penting kerana ia bahasa pentadbiran negara; Kontrak-kontrak Demotik hilang kuasa undang-undang melainkan terdapat catatan dalam bahasa Yunani bahawa ia sudah didaftarkan dengan pihak berkuasa.
- Serpihan tembikar dengan tulisan Demotik. Kerajaan Ptolemy, s. 305–30 SM. Mungkin dari Thebes. Ia doa kepada dewa Amun untuk memulihkan buta seorang lelaki.
- Kontrak dalam tulisan Demotik, dengan tandatangan saksi di bahagian belakang. Papirus, zaman Ptolemaik.
Demotik (Romawi) Lewat
Sejak Rom mula memerintah Mesir, Demotik semakin kurang digunakan dalam kehidupan awam. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teks sastera yang ditulis dalam Demotik Lewat (s. 30 SM – 452). TM), terutamanya dari abad ke-1 dan ke-2 Masihi, tetapi kuantiti semua teks Demotik turun mendadak pada akhir abad kedua. Berbeza dengan cara Latin menghapuskan bahasa-bahasa di bahagian barat Empayarnya, Yunani tidak menggantikan Demotik sepenuhnya.[2] Selepas itu, Demotik hanya digunakan untuk beberapa serpihan tembikar, catatan untuk teks Yunani, label mumia dan grafiti. Contoh terakhir bagi skrip Demotik yang mempunyai tarikh ialah coretan pada dinding kuil Isis di Philae, 12 Disember 452. Teks itu hanya berbunyi "Petise, anak Petosiris"; siapakah Petise tersebut tidak diketahui.[3]
Simbol-simbol ekaliteral dan transliterasi
Seperti tulisan hieroglif sebelumnya, Demotik memiliki simbol-simbol "ekaliteral" atau "abjad" yang boleh digunakan untuk mewakili satu bunyi. Berikut terdapat simbol-simbol yang paling lazim dalam Demotik, membentuk antara satu pertiga dan separuh daripada semua simbol dalam mana-mana teks; perkataan asing juga biasanya hanya ditulis dengan simbol-simbol ini.[4] Teks-teks kemudiannya (Zaman Rom) menggunakan simbol-simbol ini dengan lebih kerap lagi.[5]
Jadual di bawah menyenaraikan simbol-simbol ekaliteral tersebut bersama dengan transkripsi lazim, hieroglif asalnya, huruf Qibti yang diperoleh daripadanya, dan nota penggunaan.[4][5][6]
- Alternatively, ϯ may be a ligature of ⲧ and ⲓ.[7]
Remove ads
Pembongkaran
Batu Rosetta ditemui pada tahun 1799. Ia mengandungi sebuah pengisytiharan yang ditulis dalam tiga sistem tulisan: hieroglif Mesir, Demotik, dan abjad Yunani. Terdapat 32 baris Demotik, yang berada di tengah-tengah tiga jenis tulisan pada batu itu. Tulisan Demotiknya telah ditafsirkan sebelum hieroglif, pertama diusahakan oleh Antoine Isaac Silvestre de Sacy. Ahli sarjana akhirnya berjaya menterjemah hieroglif dengan membandingkannya dengan perkataan-perkataan batu itu yang dalam bahasa Yunani, yang memang dapat diterjemahkan waktu itu, dan memperkukuh prosesnya dengan menerapkan pengetahuan bahasa Qibti sedia ada (bahasa Qibti diturunkan daripada bentuk Mesir yang terdahulu yang ditulis dalam hieroglif). Ahli kaji Mesir, ahli bahasa dan ahli kaji papirus yang pakar dalam kajian tulisan Mesir purba peringkat Demotik dikenali sebagai Demotis.
Remove ads
Lihat juga
- Transliterasi bahasa Mesir Purba
Rujukan
Bibliografi
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads