Detective Pikachu

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Pokémon Detective Pikachu[b] ialah filem misteri fantasi 2019 arahan Rob Letterman produksi Legendary Pictures bersama Toho. Ia mengadaptasi permainan video berjudul sama tahun 2016 dalam siri Pokémon ciptaan Satoshi Tajiri;[6] ia filem aksi langsung pertama berdasarkan siri berkenaan.[7] Skripnya ditulis Letterman, Dan Hernandez, Benji Samit dan Derek Connolly, berdasarkan cerita oleh Hernandez, Samit dan Nicole Perlman. Ryan Reynolds menyumbang suara dan rujukan tangkapan gerakan watak utama Pikachu serta digandingi Justice Smith, Kathryn Newton, Suki Waterhouse, Omar Chaparro, Chris Geere, Ken Watanabe dan Bill Nighy.

Fakta Segera Pokémon Detective Pikachu, Lakon layar ...
Remove ads

Barisan pelakon

  • Justice Smith sebagai Tim Goodman, seorang pelatih Pokémon. Dia teman lawan Pikachu.
    • Max Fincham, Tim Goodman semasa muda
  • Ryan Reynolds sebagai:
    • penyumbang suara dan rujukan tangkapan gerakan wajah seakan manusia Detective Pikachu. Ikue Ōtani menyumbang suara biasa Pikachu seperti yang didengari watak-watak lain
    • Harry Goodman, ayah Tim yang hilang
  • Kathryn Newton sebagai Lucy Stevens, seorang wartawan. Dia memiliki seekor Psyduck.
  • Omar Chaparro sebagai Sebastian, pelatih Pokémon meiliki suatu pusat latihannya sendiri. Dia memiliki seekor Charizard.
  • Chris Geere sebagai Roger Clifford, pemilik CMN dan syarikat makmal Clifford Industries.
  • Rita Ora sebagai Dr. Ann Laurent, seorang saintis Clifford Enterprises mengkaji Mewtwo.
  • Karan Soni sebagai Jack, kawan selatih Tim.
  • Josette Simon sebagai "Grams", nenek Tim.
  • Ken Watanabe sebagai Detektif Hideo Yoshida, seorang leftenan polis Ryme City dan kawan Harry. Dia memiliki seekor Snubbull.
  • Bill Nighy sebagai Howard Clifford, bapa Roger dan pengasas Clifford Industries.
  • Suki Waterhouse sebagai Ms. Norman/Ditto, pengawal dan pembantu Howard.
  • Rina Hoshino dan Kotaro Watanabe sebagai Mewtwo
  • Rachael Lillis sebagai Jigglypuff
Remove ads

Nota

  1. The Pokémon Company milik bersama Nintendo, Game Freak dan Creatures, Inc.
  2. Ia turut diberi tajuk Pokémon: Detective Pikachu serta Great Detective Pikachu[5] di Jepun

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads