Dharmasraya
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dharmasraya, ialah ibu kota kerajaan agama Buddha abad ke-11 yang dikenali sebagai Kerajaan Melayu, berdasarkan sistem sungai Batanghari di Sumatera Barat dan Jambi moden, di pulau Sumatera, Indonesia.[1] Kerajaan itu sendiri boleh dikenali dengan nama ibukotanya Dharmasraya atau dengan nama Bhumi Malayu atau Suvarnnabhumi menurut Prasasti Padang Roco.
Pembentukan
Selepas penyerangan oleh Rajendra Chola I, raja Empayar Chola dari Koromandel, kuasa wangsa Sailendra atas pulau Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu semakin lemah. Beberapa ketika kemudian muncul dinasti baru yang mengambil alih peranan Dinasti Sailendra, yang disebut dengan nama dinasti Mauli.[2] Dharmasraya boleh dianggap sebagai pengganti Srivijaya.
Prasasti tertua yang mengandungi nama Maharaja Mauli ialah prasasti Grahi bertarikh 1183 ditemui di Semenanjung Tanah Melayu Chaiya (Grahi), Selatan Thailand. Prasasti tersebut memuat perintah Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa kepada bhupati (bupati) Grahi bernama Mahasenapati Galanai untuk membuat patung Buddha berat 1 bhara 2 tula dengan nilai 10 tamlin emas. Nama artis yang bertanggungjawab mencipta patung tersebut ialah Mraten Sri Nano.
Prasasti kedua dari Dinasti Mauli muncul kira-kira seratus tahun kemudian pada tahun 1286. Prasasti di mana nama Dharmasraya (dan nama raja Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa) muncul pada abad ke-13,[3]:201 yaitu prasasti Padang Roco. ditemukan di sekitar hulu sungai Batanghari (sekarang Kabupaten Dharmasraya di Sumatera Barat), bertarikh 1286.
Remove ads
Senarai pemerintah
Maharaja Dharmasraya:
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads