Dipeptida

From Wikipedia, the free encyclopedia

Dipeptida
Remove ads

Dipeptida ("dua asid amino") ialah sejenis sebatian organik yang terdiri daripada dua asid amino yang sama atau berlainan. Bergantung kepada jenis asid amino asal, suatu dipeptida boleh membentuk dua isomer. Beberapa dipeptida adalah penting daripada aspek fisiologi dan komersial.[1]

Thumb
Dipeptida paling ringkas, glisilgisina.

Dipeptida ialah pepejal putih, dan kebanyakannya jauh lebih larut dalam air berbanding asid amino asal.[1] Dipeptida Ala-Gln sebagai contoh, memiliki nilai keterlarutan air sebanyak 586 g/L, 10 kali ganda keterlarutan Gln (35 g/L). Dipeptida juga boleh memiliki kestabilan berbeza seperti dalam hal hidrolisis. Sifat hidrolisis dan keterlarutan air tinggi dipeptida diguna pakai dalam infusi untuk memberi nutrisi.[2]

Contoh-contoh dipeptida adalah seperti di bawah, dan memiliki kepentingan komersial:[1]

  • Aspartam sebagai pemanis buatan.
  • Karnosina dan anserina banyak terdapat di tisu otot dan otak, dan digunakan dalam perubatan sukan.
  • Asetilkarnosina bagi pencegahan katarak.
  • Ala-Gln dan Gly-Tyr dalam infusi.[2]
  • Val-Tyr sebagai antihipertensi
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads