Dirham

unit mata wang untuk beberapa negara Arab dan Islam From Wikipedia, the free encyclopedia

Dirham
Remove ads

Dirham (Arab: دِرهَم, bahasa Amazigh: ⴰⴷⵔⵉⵎ adreem) ialah unit matawang yang digunakan di seberapa negara, khususnya negara-negara Arab.

Thumb
Dirham perak zaman Khalifah Umar ibni Abd al-Aziz

Nama unit ini datang daripada drakhma, suatu unit timbangan perak dan mata wang yang pernah wujud zaman Yunani Purba.[1][2] Sukatan ini pula datang daripada perkataan bahasa Yunani δράσσομαι drássomai "saya genggam" (I grasp) atau lebih tepat lagi "segenggam" (As much as one can hold in the hand);[2][3] yakni segenggam batang-batang tembaga atau perak bernilai iaitu obolos.

Remove ads

Sebagai matawang

Thumb
Negara-negara ditandakan yang masih menggunakan dirham:
Kawasan bertanda merah - dirham sebagai nilai utama
Kawasan bertanda hijau - dirham sebagai nilai kecil

Terdapat sebilangan negara yang masih menggunakan unit ini sebagai matawang semasa, hampir semuanya dalam Liga Arab. Unit ini dipergunakan baik sebagai nilai utama yang besar mahupun nilai bahagian kecil dalam bentuk duit syiling sepertimana sen.

Ada tiga unit besar yang bernama "dirham" iaitu:

Dirham sebagai suatu unit kecil bahagian suatu unit besar pula dipakai matawang berikut:

  • Dinar Libya, 1 dinar dibahagikan kepada 1,000 dirham
  • Riyal Qatar, 1 riyal dibahagikan kepada 100 dirham
  • Dinar Jordan, 1 dinar dibahagikan kepada 10 dirham
  • Somoni Tajikistan, 1 somoni dibahagikan kepada 100 Diram
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads