Disclosure
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Disclosure ialah sepasangan artis muzik elektronik adik-beradik dari England, United Kingdom dianggotai Howard Lawrence (lahir 11 Mei 1994) dan Guy Lawrence (lahir 25 Mei 1991).[3]
Album studio pertama mereka, Settle (2013) mendapat pencalonan Album Dance/Electronica Terbaik dalam Anugerah Grammy 2014; album berikut mereka Caracal (2015) dicalonkan dalam kategori sama pada acara Anugerah Grammy tahun 2016.
Remove ads
Sejarah
Guy dan Howard Lawrence lahir di Reigate, Surrey.[4] Ibu bapa mereka merupakan pemuzik; ayah mereka pernah menganggotai beberapa kugiran rock serta merupakan seorang pelelong seni profesional[5][6] manakala ibu mereka pernah menggubah muzik untuk iklan serta menghiburkan penumpang kapal-kapal pesiaran dan askar tentera (terutamanya selepas Perang Falkland).[7][6]
Guy mula berminat bermain muzik pada usia 3 tahun dengan dram, Howard pula belajar bermain gitar bes pada usia 8 tahun.
Remove ads
Diskografi
Album studio
- Settle (2013)
- Caracal (2015)
- Energy (2020)
- Alchemy (2023)
EP
- Carnival (5 Julai 2011)
- The Face (4 Jun 2012, Greco-Roman)
- Control (2 April 2013, Greco-Roman)
- The Singles (30 April 2013, Cherrytree & Interscope)
- Caracal: Live BBC Session (16 October 2015,[8] Island)
- Moog for Love (15 Jun 2016, Island)
- Moonlight (7 Disember 2018,[9] Island)
- Ecstasy (28 February 2020[10])
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
