Disosiasi (psikologi)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Disosiasi (Jawi: ديسوسياسي) atau perceraian jiwa (ڤرچراين جيوا) dalam bidang psikologi adalah apabila seseorang rasa terputus daripada dunia nyata. Ia berbeza daripada psikosis, psikosis ialah hilang rasa bahawa dunia ini nyata.[1][2][3][4] Ia boleh merujuk pelbagai perkara. Bentuk paling ringannya adalah seperti mengelamun. Bentuk yang tidak ringan melibatkan mengalami suatu tahap merasa seperti terputus daripada realiti. Ia bukannya isu perubatan, yakni bukan penyakit atau masalah mental.[5][6][7] Ia sejenis mekanisme pertahanan diri. Maksudnya, ia melindungi seseorang itu daripada berasa tertekan.

Apabila ia mengganggu dalam kehidupan seseorang, ia menjadi penyakit mental. Penyakit mental ini dikenali sebagai gangguan disosiatif. Antaranya fiug disosiatif (hilang kesedaran tentang identiti diri sendiri), gangguan depersonalisasi-derealisasi (masalah berasa diri tidak wujud dan/atau berasa dunia ini tidak nyata), dan kecelaruan identiti disosiatif (gangguan mempunyai identiti-identiti lain).[8][9] Semua penyakit ini boleh berlaku akibat trauma, tekanan, dadah atau tanpa sebarang sebab yang dapat diketahui.[10] Kadangkala penyakit mental lain boleh melibatkan penceraian jiwa. Antaranya termasuk gangguan tekanan akut, kecelaruan tekanan pascatrauma (PTSD), dan kecelaruan personaliti pinggiran.[11]

Remove ads

References

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads