Doc McStuffins

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Doc McStuffins (Doktor McStuffins dalam bahasa Melayu; juga dikenali sebagai Doc McStuffins: Toy Hospital, Doktor McStuffins: Hospital Mainan dalam bahasa Melayu, untuk musim keempat dan Doc McStuffins: Pet Rescue untuk musim kelima) ialah sebuah siri animasi televisyen kanak-kanak Amerika Syarikat-Ireland yang diterbitkan oleh Brown Bag Films. Siri ini dicipta dan diterbitkan secara eksekutif oleh Chris Nee dan pertama kali ditayangkan pada 23 Mac 2012 di Disney Channel dan di Disney Junior. Siri ini adalah tentang seorang anak perempuan yang dapat "membetulkan" mainan, dengan bantuan daripada kawan-kawan mainannya. Siri ini menonjolkan lagu-lagu yang dikarang dan digubah oleh Kay Hanley and Michelle Lewis.

Fakta Segera Juga dikenali sebagai, Pencipta ...

Siri ini memperoleh ulasan positif oleh sebab konsep dan watak utama siri ini, serta penampakan orang Afrika Amerika (Nee menyatakan pada tahun 2013 bahawa Doc merupakan orang Afrika Amerika, cadangan oleh Disney semasa persemabahan awalnya, Nee pada asalnya hanya tahu bahawa beliau menginginkan doktor perempuan[1][2]) dalam sebuah siri Disney.[2][3] Chris Nee memerihalkan siri ini sebagai "Cheers untuk Anak-anak Pra-sekolah".[4]

Pada 16 November 2016, siri ini diperbaharu untuk musim kelima oleh Disney Junior.[5] Pada 4 April 2018, Lara Jill Miller, suara bagi Lambie, mengatakan bahawa episod terakhir musim terakhir telah dirakam. Siri ini akan tamat selepas lima musim.[6]

Remove ads

Pelakon suara

Maklumat lanjut Asal, Malay (Disney Junior/Jr.) ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads